PASMa KEPANASAN!!! 2 Ulama Besar PAS Sokong Hadi Isu PBT!!!



Ketika lagu dan canang Presiden PAS disambut sinis oleh ulamak-ulamak jadian dalam PAS, hari ini dua tokoh yang disegani dalam PAS dan rakyat Malaysia berdiri teguh menyokong pendirian Hj Hadi  berkaitan perlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak menyumbang ke arah usaha mewujudkan keharmonian politik negara ini. 

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din juga berkata sebarang isu yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman akan mengundang padah, lapor Utusan Malaysia.

“Kalau tidak segera, maka masa mendatang akan lebih mencabar kerana itulah isu pilihan raya PBT elok dihentikan segera,” Haron Din dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyanggah hasrat sekutunya DAP untuk mengadakan pilihan raya tempatan atas alasan ia berpotensi menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.

Haron turut meminta DAP tidak menyamakan isu pilihan raya PBT dengan isu hudud kerana menurutnya ia langsung tidak mempunyai kaitan.

“Hudud adalah teras perjuangan parti dan kerana itulah PAS mewujudkan sedangkan pilihan raya PBT ini apa bendanya, bukan perjuangan parti dan bukan teras DAP,” Haron Din dilaporkan sebagai berkata.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR), rakyat Malaysia sudah muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain sebagaimana berlaku sekarang.


Ingatan ini diberikan beliau ketika PAS dan DAP terlibat dalam serang menyerang yang teruk termasuk presiden parti Islam itu sendiri yang menempelak DAP dalam isu kerajaan tempatan.

Tuan Ibrahim mengajak semua pihak mengenepikan perbezaan dan memberikan fokus kepada persamaan antara mereka.

"Bukankah PR pernah bersetuju yang persamaan antara tiga parti ini jauh melebihi perbezaan antara mereka?

"Mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa kita bersama?" katanya yang jelas tidak senang dengan pertelingkahan verbal antara parti dalam PR yang berlaku sekarang.

Baru-baru ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, ekoran perdebatan terbuka di media antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengenai isu hudud.

Hadi mendakwa jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, ia boleh membawa kepada tercetusnya semula peristiwa 13 Mei, menyebabkan pelbagai pihak menyerang beliau.

Bagi Tuan Ibrahim, setiap parti mempunyai dasar dan agenda masing-masing. 

Prinsip perjuangan polisi dan dasar itulah yang menjadi nadi untuk setiap parti terus berjalan dan terus maju.

"Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti," katanya.

Bagi beliau, apabila jurang perbezaan yang diperbesarkan, maka ruang persamaan akan mengecil. Jika ini berterusan, muafakat itu akan pasti hancur.

"Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur.

"Sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan seandainya PR ingin terus kekal," katanya.

Sekiranya ketiga-tiga parti berasa jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya memikirkan semula segalanya kerana setiap parti sedar tiada parti yang boleh berjaya jika ia bersendirian, katanya.

Namun hakikatnya, kata Tuan Ibrahim,m semua pihak sayangkan gabungan PR, dan rakyat pernah menaruh harapan besar terhadap gabungan politik ini.

Oleh itu, katanya PR perlu memandang ke hadapan dan melihat musibah besar yang sedang melanda negara dan keperluan rakyat ini memerlukan perubahan besar kepimpinan politik negara.

Isu rasuah, hutang negara dan bebanan ekonomi rakyat, isu keselamatan negara dan penyalahgunaan kuasa kepimpinan BN, semuanya memerlukan tindakan dan perhatian segera dan khusus, katanya.

"Semua ini medan yang baik bagi membina persamaan antara parti komponen PR dan juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PR," tegasnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....