APA CITER?? MAS Diserang Lagi!!!



Opss..... MAS menjadi sasaran lagi. Siapa dibelakang serangan kali ini dan apa motifnya? Kira-kira jam 10 pagi tadi, laman web rasmi syarikat penerbangan Malaysia Airlines digodam. Dan ia bukannya sekali, tetapi dua kali.

Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline.

Laman berkenaan turut bertulis, “404 – Plane Not Found. Hacked by Cyber Caliphate. Follow Cyber Caliphate on Twitter.”


Laman web berkenaan kembali pulih seperti biasa namun pada jam 10.25 pagi, laman web berkenaan digodam sekali lagi.

Kali ini, tertera di laman web berkenaan satu imej menunjukkan gambar seekor cicak bersut hitam dan bertopi.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam Twitter rasmi syarikat itu menyatakan ia sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu. sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....