MELAMPAU DAH AIR ASIA NI, PROVOKASI #MH370




AirAsia menjadi sasaran warga siber berhubung sekeping gambar yang beredar di talian malam tadi berkaitan sebuah artikel di majalah dalam penerbangan syarikat tambang murah itu – travel 3Sixty – yang disifatkan ‘tidak sensitif’ ekoran tragedi MH370.

Gambar tersebut dikatakan menunjukkan halaman 125 majalah itu, dan ia merupakan sebahagian daripada artikel Tiga muka surat yang menggambarkan insiden-insiden lalu di mana juruterbangmendarat di lapangan terbang yang salah dan soal teknikal yang terbabit dalam menangani isu ini, termasuk mempertingkatkan latihan untuk juruterbang.

Petikan itu berbunyi: “Training and Preparation – Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough.

“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!”

(Terjemahan: “Latihan dan Penyediaan – latihan untuk juruterbang di AirAsia berterusan dan sangat teliti. Yakinlah bahawa kapten anda cukup bersedia untuk memastikan pesawat anda tidak akan hilang. Selamat terbang!”)

Ini datang tidak sampai sebulan bulan sejak kehilangan MH370, di mana pesawat penerbangan ke Beijing itu secara misteri hilang pada 8 Mac dan kini dipercayai penerbangannya berakhir di Lautan Hindi.

Yang awal membangkitkan isu itu ialah pengguna Twitter di bawah nama @Shamilf.

GEMPUR : ESSCOM Sedia BERSIHKAN Pulau Dan Resort Bermasalah!!!

KOTA KINABALU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan melancarkan operasi besar-besaran bagi 'membersihkan' pulau-pulau peranginan adan resort dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek berkata, tindakan segera itu dilakukan selepas pihaknya percaya kumpulan tersebut berpotensi menjadi tali barut atau pemberi maklumat kepada penjenayah rentas sempadan.

"Kita syaki ada orang dalam, khususnya orang tempatan yang berasal dari Filipina yang memberi maklumat awal kepada kumpulan penculik," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, demikian sebagai mengulas insiden penculikan dua wanita termasuk seorang pelancong China di sebuah resort di Pulau Singamata oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada Rabu lalu. - KOSMO!



#MH370 : KJ Bidas Anwar!!! @KhairyKJ




MH370 Dalam satu siri tweets, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyelar dakwaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan cuba menyembunyikan maklumat berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno Malaysia menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai tidak berasas.

Katanya, ketika kerajaan Malaysia bersama rakan-rakan negara lain memanfaatkan setiap minit mencari MH370, ketua pembangkang itu pula mencari keuntungan politik.

Anwar, dalam temubual dengan The Telegraph UK, mendakwa kerajaan menyembunyikan maklumat kritikal, dan mengecam kerajaan kerana tidak bertindak lebih awal untuk mengelakkan pembaziran sumber mencari di Laut China Selatan.

"Mereka (kerajaan) mempunyai kuasa untuk mengarahkan tentera udara... atau Malaysia Airlines," Anwar dilaporkan berkata.

Khairy membalas bahawa jet tentera udara tidak memintas MH370 - yang hanya satu plot dikenal pasti di radar - kerana Malaysia bukan sedang berperang dan pesawat awam itu sudah terbang meninggalkan ruang udara Malaysia.


GAMBAR : Detik-Detik Cemas Penculikan Di Semporna Yang Sempat Dirakam!!




Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Wira Hamza Taib berkata, polis mempunyai sebab kukuh untuk mempercayai kejadian penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna semalam didalangi pihak dalam yang mahir akan selok-belok pusat peranginan tersebut.

“Di sekeliling pusat peranginan tersebut mempunyai suatu sistem halangan di mana tali rentangan dan sebagainya diletakkan agar bot-bot tidak mudah masuk.

“Tetapi hanya orang yang benar-benar mahir sahaja yang tahu, yang boleh masuk dengan mengikuti alur-alur tersebut. Dan enjin bot tersebut tidak akan tersangkut pada tali-tali tersebut,” katanya dalam satu sidang media di ibupejabat Kontinjen polis Sabah, Kepayan petang tadi.

Katanya, beliau telah mengarahkan beberapa serbuan dibuat dan "kita juga mempunyai beberapa keterangan yang boleh kita percayai boleh membantu kita.”

Mengenai tahap keselamatan yang dijalankan di sekitar perairan Semporna selama ini Hamza berkata, mereka telahpun melakukan yang terbaik.

Katanya, pihak polis dan pasukan keselamatan yang lain hampir setiap malam melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Ketika ditanya bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku di sebalik kekerapan rondaan tersebut, Hamza (kanan) berkata, para penculik, selain mahir dengan sistem tali rentangan tersebut, mereka turut kelihatan masak mengenai masa rondaan pihak keselamatan.

“Seperti yang saya katakan tadi, kejadian ini dilakukan oleh orang dalam. Mereka tahu bila masanya rondaan dibuat. Sebelum kejadian tersebut, pihak keselamatan ada melakukan rondaan. Penculikan hanya berlaku selepas mereka beredar dari situ,” katanya kepada Malaysiakini selepas sidang media itu.

Buat masa ini, katanya, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut. Tetapi polis Sabah yakin mereka mempunyai petunjuk yang boleh membantu mereka.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini tetapi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah diarahkan untuk membuat tangkapan, kata Hamza.

Menurutnya lagi, polis percaya dan menganggap suspek adalah dari golongan KFR (Kidnapping For Ransom). Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tuntutan yang dibuat setakat ini.

Lazimnya mengikut sejarah penculikan di Sabah, para penjenayah akan melakukan penculikan sebelum menyerahkan mangsa kepada kepada kumpulan yang boleh mendapatkan habuan lebih.

“Kebiasaannya mangsa culik akan diserahkan kepada kumpulan pecahan Abu Sayaff. Tetapi kita yakin kita telah mengenal pasti kumpulan penculik ini. Tetapi bukan satu kumpulan, mungkin ada dua, tiga kumpulan. Tetapi tak lari daripada yang disyaki,” katanya optimis.Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, tujuh orang yang menaiki bot mendarat di Singamata Reef Resort dan melakukan penculikan.

Tiga daripada mereka naik ke darat dengan memakai topeng serta bersenjata dan menculik seorang wanita berusia 40 tahun warganegara Filipin Marcy Dayawan@Mimi yang bekerja di pusat peranginan tersebut.

Turut diculik adalah seorang wanita warganegara China Gao Hua Yun dari Shanghai yang berusia lingkungan 20-an.

Kenyataan bahawa penculik tersebut tersebut menuju ke asrama pekerja dengan bertopeng lalu menculik wanita Filipina tersebut memperlihatkan kemahiran mereka akan selok-belok tempat tersebut.

Ini turut menguatkan lagi syak pihak polis bahawa orang dalam turut terlibat dalam insiden tersebut.

Hasil siasatan awal polis mendapati wanita Filipina itu telah bekerja di pekan Semporna sebelum dipindahkan ke Resort tersebut yang terletak dalam jarak dua batu nautika dari pekan itu.

Menurut Hamza lagi, polis akan menyiasat secara mendalam kejadian tersebut termasuklah kaitan wanita Filipina itu dengan kumpulan penculik.




Mengenai wanita China yang diculik itu, Hamza berkata, mereka percaya dia berada di tempat yang salah pada masa yang salah kerana dia kebetulan berdiri di verandah bilik ketika penculik melalui tempat itu semasa melarikan wanita Filipina tersebut.

“Penculik ternampak wanita China itu lalu turut menangkapnya. Kami percaya dia adalah mangsa penculikan rambang dan dijadikan ‘shield’,” kata Hamza sambil menambah wanita itu adalah seorang pelajar Universiti di China yang datang ke Semporna untuk mengambil lesen menyelam.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 61 pelancong di pusat peranginan tersebut dan 59 daripadanya warganegara China, seorang warganegara Malaysia dan seorang warganegara Iran.

Namun selepas kejadian, ada di antara mereka memutuskan untuk terus berada di pusat peranginan tersebut selepas keterangan mereka diambil. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Mengenai dua dua mangsa culik itu, polis dengan maklumat yang mereka perolehi percaya mereka masih berada dalam keadaan selamat dan berada di luar Sabah.

Kejadian penculikan ini merupakan insiden yang kedua berlaku di Semporna dalam tempoh lima bulan.




VIDEO : Remaja Gaduh Kerana Pak We!!



Dua budak perempuan termasuk seorang daripadanya dipercayai bekerja di kedai kasut yang menjadi lokasi pergaduhan ini terang-terangan tak puas hati disebabkan lelaki.

Aduh, sedih sungguh bila tengok umur baru setahun jagung macam ini dah pandai datang serang orang sebab nak pertahankan pakwe.

Yang kawan pula bukan tolong nak leraikan tapi tolong rakam. Mujur aksi paling teruk cuma sampai part mencarut dan tamparan sedas dua di pipi masing-masing sebelum budak yang datang menyerang itu beredar.

Pada pendapat kami, daripada memalukan diri macam ini baik dua budak ni team up dan pergi tanya pakwe apa pasal dia menggatal dengan kedua-dua mereka? 


- SUMBER

ADOII....Culik Lagi Di Semporna!!!



Tujuh lelaki telah menyerbu sebuah resort di Semporna sebelum menculik dua individu - seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China yang berada disitu.

Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada jam 10.30 malam semalam apabila suspek yang bersenjatakan senapang M14 tiba ke resort atas air itu dengan menggunakan bot.

Tiga dari suspek tersebut – seorang daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain menanti di dalam bot.

Suspek mengarahkan seorang pekerja di situ yang sedang menonton TV di sebuah bilik supaya diam dan tidak melakukan apa-apa namun disebabkan ketakutan, pekerja tersebut telah bertindak terjun ke dalam laut demi mengelakkan diri dari diapa-apakan oleh penjenayah tersebut.

Mereka kemudian telah membawa lari seorang pekerja resort yang lainnya dan seorang pelacong yang bercuti di resort tersebut.

Mangsa yang dilarikan dipercayai dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, pekerja resort tersebut dari Filipina manakala seorang lagi dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, seorang pelacong warganegara China.

Gao telah mendaftar masuk ke resort tersebut pada semalam dan dijangka berada di situ sehingga Sabtu ini.

Suspek dipercayai berbangsa Sulu kerana dikesan berdasarkan loghat percakapannya dan kesemua suspek melarikan diri kearah Pulau Gaya dan mereka juga dikatakan fasih berbahasa Melayu.

Ketika kejadian, 61 pelancong menginap di resort tersebut dan 47 pekerja sedang bertugas di resort tersebut.

Jarak antara resort tersebut dengan Pekan Semporna adalah 2.2 batu nautika.

Sejurus selepas kejadian itu satu laporan polis telah dibuat pada jam 12.58 dan gerakan bersepadu pelbagai agensi dari Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerahkan untuk mengesan suspek.

Pengarah Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian dan siasatan kini sedang dijalanka

- SUMBER

Mak Aii.... Al-Kisah Lukisan Pak Samad Itu Buat DUN Selangor Bergegar!!




Isu dua keping lukisan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, yang gagal dijelaskan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor bukanlah perkara besar. Ia hanya berharga RM 16,000.00 dan petang tadi kerajaan mengumumkan mereka akan menjelaskan bayaran tersebut kepada Pak Samad.

Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail (kanan) berkata, apa yang berlaku adalah ekoran salah faham kerana beliau yang ketika itu memegang portfolio kebudayaan negeri, tidak mengetahui yang lukisan tersebut perlu dibayar berasingan.

Kita tidak fikir sesiapa pun faham apa maksud kenyataan Rodziah ini kerana menurut laporan Pak Samad tidak menerima sesen pun bayaran. Adakah Rodziah membayar RM 8,000.00 sebelum ini atau tidak bayar langsung?

Namun yang paling menarik ialah bagaimana untuk menjustifikasikan pembayaran lukisan tersebut Rodziah berkata dua lukisan tersebut telahpun diserahkan kepada jabatan Muzium Negeri di bawah pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selanngor (Padat).

“Mesyuarat exco negeri hari ini telahpun meluluskan pembayaran penuh kepada Pak Samad secepat mungkin selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco negeri di Shah Alam hari ini.

Ini menimbulkan pertanyaan besar, kerana Pak Samad sebelum ini menjelaskan dua lukisan dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu bernilai RM8,000 setiap satu.

“Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.

“Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8,000,” Samad dipetik sebagai berkata oleh Astro Awani.

Adalah jelas lukisan yang berharga RM 8,000.00 itu merupakan pembelian sebagai hadiah kepada dua pemimpin utama Kerajaan Negeri selangor iaitu, Menteri Besar Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Oleh kerana ia merupakan hadiah daripada seorang ahli politik seperti Rodziah kepada pemimpin politik parti beliau wajarkah kerajaan yang membayarnya?

Jika ia merupakan hadiah program tertentu kepada kedua-dua pemimpin tersebut tentulah sudah ada peruntukan yang dikhaskan. Apakah Rodziah telah menggunakan peruntukan tersebut untuk perkara lain dan sekarang mahu meminta kerajaan Negeri membayarnya?

Justeru untuk menjustifikasikan pembayaran ini kepada aktivis setia PKR, Rodziah mengumumkan lukisan tersebut diserahkan kepada Muzium Negeri. Sama ada diserahkan atau tidak kita tidak pasti.

Jika diserahkan pun ini merupakan tindakan “afterthought” yang cuba mengaburi mata masyarakat dan melindungi korupsi kecil-kecilan bagi memberi imbuhan kepada penyokong mereka.

Tidak ada masalah untuk kerajaan negeri membeli karya sasterawan negara. Cuma mengapa dengan tiba-tiba hadiah kepada pemimpin Pakatan sudah bertukar kepada pembelian karya oleh Muzium Negeri?

Apakah wujud dua kali tuntutan (double claim) untuk barangan yang sama? Rodziah harus menjawab dengan jelas isu ini kerana wujud perbezaan jelas antara kenyataan beliau dan Pak Samad. Apakah lukisan tersebut hadiah kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim atau pembelian untuk Muzium Negeri?

RM 16,000 mungkin kecil dalam pentadbiran negeri, namun kelihatan ia seolah-olah sebahagian kecil bentuk korupsi.

Dalam kerajaan yang dianggap bersih dan telus oleh kaum Cina di Selangor, mereka bebas berbuat apa sahaja – Pasir dan Kumpulan Semesta, Datuk Jelatek, REIT harta anak syarikat kerajaan negeri, Yayasan Selangor, lembu korban dan kronisma.

Syabas Khalid Ibrahim!

#MH370 : Penumpang "BERSIH", Siasatan Bertumpu Kepada Krew Pula!!



Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang “bersih" daripada elemen rampas, sabotaj, masalah psikologi dan peribadi, tetapi masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan terhadap 227 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 itu mendapati mereka “bebas" daripada empat elemen itu.

"Mereka didapati bersih daripada empat (elemen) itu. Ia (adalah) menurut prosedur (siasatan) kami sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan kualiti pasukan polis di sini hari ini.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan berdasarkan empat elemen itu terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.

Khalid berkata setakat ini polis telah merekodkan kenyataan daripada lebih 170 individu berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu dan menurutnya polis akan merekodkan lebih banyak kenyataan. - BERNAMA

#MH370 : China Pun Pertahan Kenyataan Najib!!



China mempertahankan pengumuman Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berkenaan pesawat Malaysia Airlines MH370 "tamat" di selatan Lautan Hindi dengan mengatakan Najib memilih perkataan itu bagi mengelakkan situasi tidak diingini kepada keluarga penumpang dan mereka di atas pesawat.

Duta China ke Malaysia, Huang Huikang berkata Najib memilih perkataan itu dengan berhati-hati namun ia disalah tafsir oleh pihak lain.

"Apa yang PM katakan sangat penting bagi kami namun ia mencetuskan kontroversi.

"Sesetengah orang melihatnya sebagai pesawat itu hilang, atau terhempas tanpa ada yang terselamat," katanya.


MAHKAMAH : Suami Nurul Izzah Tidak Hadir, Diarah Guna "PENDAMAI"



Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 17 April depan bagi suami kepada Nurul Izzah Anwar, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim membawa wakil masing-masing untuk dilantik menjadi jawatankuasa pendamai dalam usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

Tarikh itu ditetapkan selepas ahli perniagaan itu gagal membawa wakil pada prosiding sebutan kes itu semalam.

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu dalam kamarnya semasa sebutan kes itu yang dihadiri pasangan itu dan peguam masing-masing di sini, semalam.

Nurul Izzah hadir buat pertama kalinya di mahkamah semalam ditemani adik perempuan dan rakannya.

Nurul Izzah membawa bapa saudaranya, Rosli Anwar sebagai wakil pihaknya dalam jawatankuasa berkenaan.

Mahkamah turut menetapkan 12 Jun depan bagi kedua-dua jawatankuasa pendamai yang dilantik mengemukakan laporan masing-masing sebelum mahkamah itu membuat sebarang keputusan berhubung permohonan cerai difailkan Nurul Izzah.

Pihak media gagal mendapatkan sebarang komen daripada Nurul Izzah, sebaliknya beliau mengulangi kata ‘terima kasih kerana menghormati privasi kami’ lantas bergegas meninggalkan mahkamah.

Pada prosiding sebelum ini, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak itu segera melantik wakil masing-masing kerana kes berkenaan sudah begitu lama tertangguh.

Nurul Izzah, 34, memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Pasangan yang berkahwin pada 9 Mei 2003 di kediaman Anwar di Damansara dan dikurniakan dua orang anak masing-masing perempuan dan lelaki tujuh dan empat tahun.

#MH370 : Masa Untuk Kita Bersatu Bersama Menteri Bidas Boeing Dan Rolls-Royce!!!



Kepada pengkritik-pengkritik di luar sana, tunggu apa lagi? Tidak wajar Malaysia dan MAS dibiarkan "bersendirian" dalam usaha SAR #MH370 sedangkan kedua-dua syarikat pengeluar ini hanya berdiam diri!!

Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluahkan kekecewaan terhadap agensi-agensi antarabangsa dan pengilang Boeing 777-200ER apabila gagal menjelaskan misteri kehilangan pesawat itu.

Pemangku menteri pengangkutan itu berkata dalam satu temubual dengan stesen television China, CCTV, kritikan tidak adil dilontarkan kepada MAS mengenai cara berkomunikasi dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"MAS sentiasa akan melakukan tugas terbaik dalam berinteraksi bersama keluarga."Namun meletakkan MAS di kandang saksi masih tidak mencukupi, kita juga perlu sentiasa ingat apakah peranan dan tanggungjawab Rolls-Royce, Boeing dan semua agensi pakar.

Apakah pandangan mereka?" katanya dalam temubual bersama CCTV semalam. Petikan temuramah itu dimuat naik melalui akaun YouTube kepunyaan CCTV. Pada 8 Mac, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing terputus hubungan dengan pengawal trafik udara sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pencarian pesawat itu masuk hari ke-23. Hishammuddin juga turut mempersoalkan tindakan syarikat penerbangan itu menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa Inggeris minggu lalu menyatakan tiada penumpang yang terselamat.

"Amat senang untuk kita menyalahkan orang. Saya tidak mempertahankan MAS. Mereka perlu menjawab mengenai SMS itu dan bagaimana mereka berhubung dengan ahli keluarga.
"Tapi pada masa sama, saya mahu melihat agensi antarabangsa turut tampil, kerana kita membayar jutaan ringgit membeli kapal terbang dan kepakaran mereka. Kini teknologi tersebut dipersoalkan seluruh dunia," katanya.

Boeing dan Rolls-Royce – syarikat yang membekalkan enjin bagi pesawat itu – dilihat tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai kehilangan MH370 itu biarpun difahamkan kedua-dua agensi itu bekerjasama dengan siasatan keselamatan udara Amerika Syarikat.

Minggu lepas, Wall Street Journal melaporkan pihak Amerika Syarikat berkata Boeing menyatakan kekesalan apabila kerajaan Malaysia mengambil masa tiga jam untuk melaporkan kepada wakil syarikat mengenai kehilangan pesawat itu. Tempoh tersebut jauh lebih panjang daripada biasa.

Pasukan Boeing dikatakan “agak kecewa dan tidak mempercayai proses”, menurut seseorang yang biasa dengan pandangan syarikat itu. Hishammuddin juga berkata Malaysia masih mencari motif jenayah yang mungkin berkaitan dengan kehilangan pesawat seperti pengganas, rampasan oleh anak kapal atau masalah psikologi.

Beliau berkata dalam kenyataan hari ini bahawa pasukan siasatan antarabangsa dan Malaysia masih berpegang pada perjanjian bahawa pergerakan MH370 konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam pesawat.

"Sehingga saat pesawat itu hilang dari radar tentera, pergerakan MH370 adalah konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu," katanya.

VIDEO : Massage Chair - Macam Pelik Jer, Macam Best Jer?



Tak perlu komen ape-ape..... Tengok jer... Tengok jer..

Al-kisah di Penang Airport....


#MH370 : Petunjuk Baru Sahkan Pesawat Tidak ROSAK!!



“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja), jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya". 


Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.




Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.


“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” 

- Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan. 

#MH370 : Transkrip Terakhir Didedahkan!!!




"Good Night Malaysian Three Seven Zero"

"Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong"

Itulah transkrip terakhir pesawat malang itu pada jam 01.19 pagi Sabtu yang diucapkan samada oleh pilot/co pilot. Siasatan forensik masih dijalankan untuk menentukan suara siapa yang mengucapkan salam itu. Sebelum ini, dilaporkan bahawa transkrip terakhir diucapkan oleh co-pilot pada 1.21 pagi dengan ucapan "All Right, Good Night" sebelum semua perhubungan terputus dengan pesawat malang itu pada jam 1.30 pagi.

Pesawat MH370 bersama 239 penumpang bersama kru telah berlepas daripada KLIA laluan Kuala Lumpur Beijing pada 12.41 pagi 8 Mac dan sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama di destinasi terakhirnya Beijing, namun sehingga kini hilang misteri. 

Memasuki hari ke-24, pencarian pesawat malang MH370 masih diteruskan dan sehingga kini belum menjumpai sebarang clue di mana pesawat itu, selain teori berasaskan perkiraan satelit bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

#MH370 : Surat Dari Paris Buat Hishamuddin





Sudah lumrah manusia, apa yang ada di depan mata tidak dihargai. Yang jauh dipuja, yang dekat dikeji.

Surat ini walau ringkas, namun memberikan maksud yang bermakna buat Malaysia khususnya pemangku Menteri Pengangkutan kita, DS Hishamuddin Tun Hussien yang seperti telah "DITAKDIRKAN" terpaksa mendepani 2 cabaran dan ujian getir dalam setahun dua ini. 

Alangkah remaja Paris berusia 15 tahun ini sendiri tertarik dengan tindakan dan ketenangan DS Hishamuddin menghadapi "tekanan" sepanjang tragedi MH370 sehinggakan mendorong beliau untuk menulis kepada Menteri ini bagi mendapatkan tandatangan.

Walaupun nampak "biasa" dengan tindakan Victor Lopez ini, namun sebenarnya mampu memberikan suntikan semangat kepada negara khususnya kepada DS Hishamuddin sendiri dalam mendepani cabaran-cabaran yang mendatang melibatkan krisis MH370 ini.

Apa pun, syabas dan tahniah kepada DS Hishamuddin yang nampaknya semakin yakin dan tenang dalam situasi "kritikal" ketika berhadapan dengan media berbanding ketika krisis Pencerobohan Lahad Datu, di Sabah sebelum ini.


Surat balas daripada DS Hishamuddin



#PrayForMH370

#MH370 : Bila Ustaz Bermimpi Lagi....

PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..





Assalamualaikum.. 

Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja 'friend request'. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. "MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?" Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. 

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan 'tukang' cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda 'X' berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… 

Saya tersedar..

Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu'alam..

---------------------

Ustaz Khairul Syakirin bin Abdul Wahab.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil
Umur: 32 Tahun

- SUMBER

#MEMALI : Musa Hitam Sebenarnya Dah Hilang Ingatan - INI BUKTINYA!!



Pada 27 Mac 2014, Tun Musa mendakwa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika berlakunya peristiwa Memali dalam satu forum politik di Kota Bharu.

Apakah benar dakwaan Tun Musa Hitam tersebut? Mengapa sekarang dakwaan itu dibuat? Mengapa dakwaan itu dibuat sehari sebelum Anwar Ibrahim datang ke Kota Bharu untuk membuat jelajah Reformasi 2.0 dan berjumpa dengan Nik Aziz?

Berikut adalah lapan bukti jelas di mana Tun Mahathir berada pada 20-28 November 1985.


Bukti Pertama : Kit Siang Tahu Mahathir Ke China



Ucapan Kit Siang pada 19 November 1985

“Tomorrow, the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed, will be leading a 250-strong delegation to China, the third Malaysian Prime Minister to visit China after the establishment of diplomatic relations between Malaysia and the People’s Republic of China 11 years ago.” kata Kit Siang, ketika itu menjadi Ahli Parlimen Bandar Melaka. Salah seorang delegasi ke China adalah Tan Sri Lee Lam Thye.


Bukti Kedua : Akhbar Singapura Lapor Tun M Ke China.



Akhbar Singapura, Straits Times pada 20 November 1985 bertajuk " “Mahathir to call on Zhao today”, referring to Zhao Ziyang, the Premier of the State Council of the People’s Republic of China". Pada 24 November 1985, Straits Times memetik laporan Reuters bertajuk “I accept China stand on CPM: Mahathir”.

Dalam artikel tersebut menyebut, Tun Mahathir hadir pada 20 November 1985 untuk lawatan 8 hari dengan delegasi sejumlah 130 orang ahli perniagaan dan 20 orang diplomat. Lawatan itu termasuklah ke Xian, Canton, Hanzhou dan Shanghai. Dalam mukasurat sama, Straits Time turut melaporkan kejadian yang berlaku di Baling, “Baling incident: Law is supreme, says Musa.”


Bukti Ketiga : Musa Hantar Mahathir Di Lapangan Terbang



Gambar dari NST bertarikh 20 November 1985 dengan tulisan bertulis “Datuk Musa Hitam and Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad smile as seven-year-old Putri Mohamed Noh comes up to bid the Prime Minister farewell at the Subang Airport. The Prime Minister is leaving for China for a nine-day official visit.”

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, tuduhan Tun Musa bahawa Tun Mahathir berada di Malaysia dua tiga hari selepas kejadian Memali boleh disangkal. Malah Tun Musa sendiri yang menghantar Tun Mahathir ke lapangan terbang untuk berlepas ke China.


Bukti Keempat : Gambar Kepulangan Tun M Dari China



Gambar dari NST bertarikh 28 November 1985, bertulis “The Prime Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad being greeted by the newly elected MCA president Mr Tan Koon Swan and MCA youth leader Senator Kee Yong Wee (far right) upon arrival at the Subang Airport. Behind Dr Mahathir is MCA secretary-general Datuk Lee Kim Sai. Dr Mahathir is returning from a visit to China.”. Ini membuktikan fakta bahawa Tun Mahathir memang berada di Cina pada 20 hingga 28 November 1985.


Bukti Kelima : Tun Mahathir Periksa Perbarisan Di China



Gambar dari NST yang menunjukkan Tun Mahathir memeriksa perbarisan di Peking, China ketika lawatan rasmi. Gambar tersebut bertulis “Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memeriksa perbarisan setibanya di Peking untuk lawatan rasminya ke China.”. Gambar ini tidak bertarikh tetapi bertulis tahun sahaja iaitu 1985.

Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir hanya melawat China sekali sahaja pada 1985 dan ianya pada 20-28 November 1985.


Bukti Keenam : Arkib Ucapan Tun Mahathir



Tun Mahathir menyampaikan 8 ucapan di China. Menerusi arkib ucapan Tun Mahathir pada 1985, satu ucapan bertajuk “The Welcoming Banquet Hosted by H.E. Zhao Ziyang, Premier of the State Council of the People” pada 20 November 1985.

Kemudian pada 22 November 1985, Tun Mahathir memberikan satu lagi ucapan bertajuk “The Return Banquet Hosted in Honour of H.E. Premier Zhao Ziyang”. Pada hari yang sama Tun Mahathir memberikan ucapan yang ketiga bertajuk “Qing Hua University, Beijing, Regional Co-Operation: Challenges and Prospects”.

Lima lagi ucapan Tun Mahathir disampaikan antara tarikh 23 hinga 27 November 1985 di Hangzhou, Xian dan Guangzhou China.


Bukti Ketujuh: Tulisan Akademik, Lawatan Mahathir Ke China



Dalam buku karya Joseph Chinyong Liow bertajuk "China and Southeast Asia" mukasurat 290, bertulis "Mahathir first visit to Beijing, in 1985, was also his only visit in the 1980s". Artikel ini mengesahkan lagi lawatan Tun Mahathir pada era 1980an hanyalah pada tahun 1985 sahaja.


Bukti Kelapan : Kajian Mengesahkan Lawatan Tun Mahathir Ke China.



Dalam buku tulisan Dr Pobzeb Vang bertajuk "Five Principles Of Chinese Foreign Policies" mukasurat 404 menyatakan "On November 20-28, 1985, Malaysian Prime Minister, Mahathir Mohamad visited China and he meet with Chinese Premier Zhao Ziyang and other Chinese government officials and leaders".

#MH370 : Akaun Twitter PALSU Anak Ketua Pramugara

Di kalangan keluarga penumpang pesawat MH370, Maira Elizabeth Nari boleh dikatakan waris yang paling aktif di Twitter.

Maira yang merupakan anak perempuan kepada ketua pramugara, Andrew Nari rajin berkongsi perasaan dan berita tentang insiden MH370 melibatkan bapanya.





Bagaimanapun bagi yang biasa yang mengikuti perkembangan Maira menerusitwithandle @Gorgxous, anda akan dapati akaun tersebut tidak lagi aktif.

Sebaliknya Maira kini menggunakan twithandle baru iaitu @MairaElizxbeth_. Keputusan ini dipercayai kerana Maira terasa hati apabila dia menerima kata-kata berunsur kebencian sebelum ini di Twitter lama.



Kini akaun baru Maira mempunyai 3,546 pengikut dan dipercayai akan terus meningkat.

Pada masa sama, Maira dilihat menegur seseorang yang menggunakan twithandle @Gorgxous1 kerana berlagak seolah-olah dia adalah Maira termasuk menggunakan gambarnya dan membalas pertanyaan pengikut seolah-olah dia adalah Maira sebenar.




Pelik juga perangai sebilangan manusia ini ya?

Boleh buat-buat macam tak bersalah dan sanggup berlakon jadi orang lain semata-mata mahukan perhatian. Sedih.. - 

#MH370 : Keluarga Kapten Zaharie Selar Daily Mail - Tabloid Britain Berniat Jahat?




Keluarga juruterbang MAS, Kapten Zaharie Ahmad Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370. Shah menafikan ditemubual akhbar tabloid Britain, Daily Mail yang menyiarkan berita kapten itu mengalami gangguan fikiran sebelum menerbangkan MH370. 

Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac. 

Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya. 

Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan merupakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar. “Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda,”
-Tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi.


Akhbar tabloid itu versi Ahad, The Mail melaporkan semalam, isteri Kapten Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan dikatakan memberitahu penyiasat suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur mereka.

Sudah lebih tiga minggu sejak pesawat MH370 hilang dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, dan penyiasat di Malaysia mengesyaki pesawat mungkin melencong daripada laluan asalnya dengan sengaja. 

Pesawat dipercayai terbang beratus batu melepasi selatan Lautan Hindi dan kehabisan minyak sebelum terhempas ke dalam lautan.

Masih belum ada bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui setakat ini.

Tabloid tersebut mendakwa mereka bercakap dengan isteri dan anak perempuan kepada juruterbang berusia 53 tahun itu dan kedua-duanya mengatakan beliau terganggu dan menyepikan diri beberapa minggu sebelum pesawat hilang.

Tetapi satu emel yang dihantar kepada The Malaysian Insider menafikan ahli keluarga juruterbang itu bercakap kepada Daily Mail.

Selain daripada anak lelaki Kapten Zaharie, tiada sesiapa daripada keluarganya yang pernah bercakap kepada media.

Menurut akhbar Britain itu, tiada nota bunuh diri ditinggalkan dan motif ditemui, tetapi polis akan terus menyiasat latar belakang juruterbang itu dan apakah keadaan mentalnya sebelum penerbangan menjadi faktor.

Menurut The Mail pada Ahad, soal siasat polis dengan ahli keluarga mengesahkan juruterbang yang tinggal dengan keluarganya di kawasan perumahan mewah itu tidak mempunyai masalah kewangan.


MH370: ‘CANTIK FITNAH KAMU’ - Aishah


“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam. 


Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370. 

Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.

Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang. 

Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu. 

Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu. 

Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh. 

Harian Metro mendapati FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu. 

Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah. 

Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan. 

Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya. 

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama. 

Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang. 

Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga. 

Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu. 

Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya. 

Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya. 

Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan. 

Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya. 

Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi. 

Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu. 

#MH370 : Lain Pula Dengan Pelajar China Ni!!!

KUALA LUMPUR: Pelajar China yang sedang mengikuti pengajian di Malaysia dan mereka yang pernah menuntut di negara ini, menggesa media China dan rakyat negara itu supaya tidak memburukkan imej Malaysia berikutan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370. 

Presiden persatuan Alumni Pelajar China Malaysia (MACSA), Adam Huang, berkata persatuan itu sudah menghubungi media di China melalui kedutaan negara mereka di sini untuk memintanya tidak lagi mengutuk Malaysia. 

"Kami telah menghubungi media di China supaya berhenti daripada mengutuk dan memburukkan imej Malaysia. Kami juga minta mereka membantu memulihkan kepercayaan rakyat China terhadap Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini. 




PRESIDEN Persatuan Alumni Pelajar Cina Malaysia (MACSA), Adam Huang (duduk, tengah) menunjukkan sijil penghargaan mengenai bantuan kerajaan Malaysia kepada China semasa gempa bumi tahun lalu ketika mengadakan sidang media mengenai tragedi pesawat MH370 di Wisma MCA di sini, hari ini. - Foto Abdullah Yusof


Di samping itu, kata beliau, MACSA memulakan usaha memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar berhubung tragedi itu melalui media sosial. 

"Sejak minggu pertama tragedi ini, kami menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada negara ini dan memberi penjelasan tentang keadaan sebenar di sini," katanya. 

Huang berkata, pengguna media sosial juga diminta tidak lagi melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa Malaysia, kerana perbuatan itu memburukkan lagi keadaan. 

Ditubuhkan pada 5 Januari 2012, persatuan itu kini mempunyai lebih 1,000 anggota. 

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi. 

Ia berdasarkan analisis data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini oleh syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK. 

- BERNAMA

DIBURU!!! Remaja Hina Surah Yassin Di Terengganu




KUALA TERENGGANU 30 Mac - Polis Terengganu tidak menolak kemungkinan seorang remaja lelaki berusia 20-an yang dipercayai membuang beberapa naskah surah Yasin di sekitar daerah Kemaman dan Dungun, Khamis lalu mempunyai masalah mental.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata polis telah mengenal pasti remaja terbabit menerusi nombor pendaftaran kereta jenis Toyota Vios berwarna merah jambu yang digunakan suspek untuk melakukan perbuatan itu.

Pada Khamis lalu, beberapa pengguna jalan raya di sekitar Dungun dan Kemaman gempar selepas menjumpai beberapa naskhah surah Yassin bertaburan di atas jalan raya sebelum membuat laporan polis pada hari yang sama.

Bulan lepas, seorang lelaki yang mengalami masalah mental ditahan kerana mengoyak kitab suci Al-Quran serta surah Yasin di Masjid Nasiruddin Shah (gambar) di Kampung Raja dan masjid di Limbongan.