AirAsia menjadi sasaran warga siber berhubung sekeping gambar yang beredar di talian malam tadi berkaitan sebuah artikel di majalah dalam penerbangan syarikat tambang murah itu – travel 3Sixty – yang disifatkan ‘tidak sensitif’ ekoran tragedi MH370.
Gambar tersebut dikatakan menunjukkan halaman 125 majalah itu, dan ia merupakan sebahagian daripada artikel Tiga muka surat yang menggambarkan insiden-insiden lalu di mana juruterbangmendarat di lapangan terbang yang salah dan soal teknikal yang terbabit dalam menangani isu ini, termasuk mempertingkatkan latihan untuk juruterbang.
Petikan itu berbunyi: “Training and Preparation – Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough.
“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!”
(Terjemahan: “Latihan dan Penyediaan – latihan untuk juruterbang di AirAsia berterusan dan sangat teliti. Yakinlah bahawa kapten anda cukup bersedia untuk memastikan pesawat anda tidak akan hilang. Selamat terbang!”)
Ini datang tidak sampai sebulan bulan sejak kehilangan MH370, di mana pesawat penerbangan ke Beijing itu secara misteri hilang pada 8 Mac dan kini dipercayai penerbangannya berakhir di Lautan Hindi.
Yang awal membangkitkan isu itu ialah pengguna Twitter di bawah nama @Shamilf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....