Berita sebentar tadi menemubual bapa kepada pelajar yang didenda menjadi lembu dengan memakan rumput dan digantung loceng seperti lembu DIPINDAHKAN dari SJKC Khai Meng, Sungkai walaupun guru tersebut telah memohon maaf. Ini sebagai teladan buat golongan pendidik di masa hadapan.
Manakala pihak polis pula menyatakan bahawa kes ini telah SELESAI. Selesai macam mana ye?
Persoalannya, adakah permohonan maaf dan dipindahkan sekolah memadai dengan apa yang dilakukan guru tersebut? Bagaimana dengan perasaan dan trauma yang dialami oleh pelajar2 tersebut yang boleh meninggalkan kesan sepanjang hayat?
Isu utama di sini bukanlah isu RASIS. Isu yang berlaku ini melibatkan integriti serta kredibiliti sebagai seorang pendidik. Adakah wajar denda seperti ini digunakan bagi menghukum pelajar? Yelah, kita pun dulu-dulu didenda dengan pelbagai jenis denda yang kadangkala terasa juga "TERLEBIH". Namun, masih boleh diterima.
Adakah dalam zaman dan arus pemodenan ini masih lagi wujud "SUASANA" dan "TINDAKAN" seperti ini di sekolah-sekolah? Adakah ini kesan daripada tekanan yang dihadapi guru-guru dengan sikap murid-murid yang semakin "MODEN" atau kesan daripada guru-guru yang "TERANIAYA" kerana dipilih berdasarkan pilihan terakhir mereka semasa memohon pekerjaan dengan kerajaan?
"TERANIAYA?"...Hahaha...
Mohon pandangan semua.....(bayangkan dulu anak anda atau adik-adik anda diperlakukan seperti ini)