Jangan bermain dengan api....
Ternyata kehadiran seorang lelaki Cina yang berani menjerit Melayu Bodoh di depan ramai orang Melayu begitu juga kebiadapan Adun PKR Machang Bubuk pastinya memanaskan suhu politik di negeri P.Pinang.
Perhimpunan aman mengecam tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri bertukar kecoh apabila seorang penunggang motosikal menjerit kata-kata kesat ke arah kumpulan itu.
Perhimpunan anjuran UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang dihadiri kira-kira 300 orang itu diadakan di hadapan Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk di Alma, di sini bermula pukul 10.30 pagi ini.
Tindakan lelaki berusia lewat 30-an yang memberhentikan motosikal ketika melalui kawasan perhimpunan serta menjerit perkataan kesat itu beberapa kali menyebabkan peserta perhimpunan mengejar lelaki terbabit sebelum cuba memukulnya.
Bagaimanapun tindakan pantas polis yang berada di tempat kejadian berjaya menyelamatkan keadaan.
Jurucakap polis berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga akan mengambil keterangan beberapa saksi yang mendengar serta melihat kejadian.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya kesal dengan tindakan lelaki terbabit kerana menimbulkan perasaan marah di kalangan mereka yang menghadiri perhimpunan aman itu.
Mengulas tentang perhimpunan aman itu, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata perhimpunan yang disertai pertubuhan bukan kerajaan dan Kumpulan Kebajikan Melayu itu juga bertujuan membantah tindakan Lee yang menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, orang Melayu di Pulau Pinang terutama penduduk di Machang Bubuk mahu wakil rakyat berkenaan tampil memohon maaf atas tindakannya itu.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak yang turut menyertai perhimpunan itu berkata Lee sepatutnya membantu peniaga kecil terutama yang berniaga di tepi jalan yang ketika ini dilanda masalah kerana Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mahu meroboh gerai mereka.
“Bantu rakyat di kawasan ini dan cuba selesaikan masalah mereka terutama peniaga di tepi jalan yang sekarang ini terhimpit akibat tindakan MPSP dan janganlah bertindak biadab seperti itu,” katanya.
– Bernama
Pihak Kerajaan atau pihak yang berkuasa perlu menghentikannya SEGERA!! Bukan ini yang kita mahu. Seperti menarik rambut dalam tepung.
Tolonglah, sesuatu yang lebih teruk akan terjadi sekiranya tidak ditangani. Kita telah menyaksikan peristiwa tahun 1969 yang meninggalkan TITIK HITAM dalam kamus negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....