Anda lelaki yang gemarkan gajet? Itu berita baik kerana kajian terbaru dijalankan sebuah laman web hal ehwal perkahwinan India mendapati, wanita di negara itu lebih tertarik dengan lelaki yang menyukai teknologi maklumat (IT) dan aktif di laman sosial. Bagaimanapun, perlu diingatkan, jangan muat naik gambar makanan, jangan menonton TV atau leka melihat telefon ketika bersama teman wanita kerana itu perkara yang paling menyakitkan hati mereka.
Seramai 36.5 peratus berkata, mereka tidak suka lelaki yang taksub dengan mengambil gambar makanan untuk dimuat naik di Facebook, Twitter dan Instagram. Sementara itu, kira-kira 34.2 peratus responden marah dengan lelaki yang merenung skrin TV ketika bercakap dan 29.3 peratus daripada mereka tidak kagum dengan orang yang sentiasa melihat telefon semasa perbualan.
Shaadi.com menjalankan kajian berkenaan untuk memahami pengaruh gaya hidup dan teknologi dalam kalangan wanita yang mencari pasangan. Dalam kajian itu, responden wanita ditanya apakah perkara yang mereka perhatikan ketika melihat calon berpotensi.
Menariknya, wanita dilihat lebih tertarik dengan lelaki yang gilakan teknologi. Sebanyak 48.4 peratus daripada responden berkata, suka melihat gajet, terutama telefon dan aksesori telefon mereka, 27.1 peratus memerhati jam tangan dan baki responden memerhatikan kasut lelaki.
Sebanyak 28.3 peratus responden pula mengakui, Twitter dan Facebook adalah medium penting untuk menganalisa keperibadian sosial, tingkah laku dan psikologi lelaki diminati. Mengulas mengenai hasil kajian, Ketua Pegawai Operasi Shaadi.com, Gourav Rakshit, berkata maklumat itu menandakan wanita India kini sudah tidak mengikut batas lazim dalam memilih suami seperti dilalui wanita India sebelum ini.
“Sebelum ini, penekanan dalam mencari jodoh untuk perempuan adalah seorang lelaki yang stabil kedudukannya. “Bagaimanapun, hari ini, ramai orang menekankan soal keserasian. Dapatan kajian ini adalah sebahagian daripada penyelidikan berterusan yang dikendalikan Shaadi.com dalam percubaan mengukur cita rasa masyarakat, khususnya ahlinya sendiri,” katanya dalam kenyataan akhbar.
Tinjauan sama mendapati, sebanyak 45.6 peratus wanita suka lelaki yang aktif di Twitter kerana mereka dilihat sebagai berpengetahuan dan bermaklumat, manakala 26.1 peratus berkata, mereka lebih suka lelaki yang aktif di Facebook kerana mereka dilihat sebagai amanah dan boleh dipercayai. Sumber Cari.com
AAP - Zaman dan dunia IT kini, pasti jika kita tidak pandai menggunakan teknologi IT sememang menjadi satu masalah. Pasti pasangan kena celik IT. Sebab semua urusan menggunakan teknologi IT. Contohnya Kalau akaun Facebook tak ada, nak menggunakan mesim tunai ATM pun tak pandai tidak keharuan juga dibuatnya... itu belum lagi disentuh perkara-perkara lainnya. Moralnya kita semua kena celik it.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....