Fesyen mengayakan rambut dengan cukuran separuh,Sudah menjadi trend dalam kalangan remaja.Tapi mungkin ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa ianya adalah haram bagi mereka yang beragama Islam.Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza’.
Qaza’ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.
Larangan melakukan qaza’ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza’ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Ayuh sebarkan dan semoga ianya bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....