MEMANG PATUT!!! Giliran Khairy Belasah ASTRO!!!




KUALA LUMPUR – Stesen televisyen satelit berbayar, Astro sekali lagi dikecam berhubung kadar bayarannya yang dianggap keterlaluan dan membebankan pengguna.


Kecaman terhadap Astro kali ini dilemparkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan stesen televisyen yang memonopoli hak penyiaran itu sebagai menyusahkan rakyat.

Beliau memberi contoh stesen televisyen itu memiliki hak penyiaran perlawanan membabitkan kelab Manchester United dan mengenakan kadar bayaran yang tinggi jika mahu menontonnya.

Menyifatkan Astro sebagai tidak mesra pelanggan katanya, “Tidak mengapalah kalau ada persaingan, tetapi Astro memonopoli. Janganlah menyusahkan rakyat dengan bayaran yang tinggi.”

“Nak tengok pasukan bola sepak terbaik di dunia seperti Manchester United, kena pakai Astro, paling tidak hendak tengok pasukan ‘common’ Chelsea pun kena tengok Astro,” jelas beliau sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sebelum ini Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin membidas Astro yang menaikkan kadar bayaran selepas memperkenalkan beberapa saluran, lapor FMT.

Astro juga yang menang....

Sememangnya kadar yang dikenakan tidak sepadan dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. Hujan saja, hilang siarannya. Rancangannya pula dimainkan berulang kali sampai naik jemu penonton dibuatnya.

Lebih menjelekkan, ketika tengah menonton tiba-tiba diselitkan iklan selang beberapa minit. Tapi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia kata iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam itu adalah kebiasaan bagi stesen televisyen berbayar. 10 minit iklan untuk setiap jam banyak tu. Menariknya pak menteri kita pula yang bela Astro bila dikritik.

Astro nampak kebal, tak kira siapa yang mengkritik caj perkhidmatannya tetap naik juga sebanyak RM5 pada 1 Disember ini. Tahun depan entah caj apa lagi yang akan dikenakan. Katanya, caj RM5 itu dikenakan atas alasan proses naik taraf Astro HD dengan 8 saluran HD terbaru. Pihak pengguna langsung tidak diberi pilihan.

Itulah keburukan bila hanya satu syarikat sahaja diberi ruang untuk mendominasikan industri stesen TV satelit berbayar di negara kita. Tak macam syarikat perkhidmatan talian telefon dan internet, berbagai pakej ditawarkan dalam persaingan untuk menarik pelanggan.

Awal tahun ini sahaja Astro mencatat keuntungan RM4.8 bilion. Lebih tinggi daripada rizab kerajaan Negeri Selangor yang pernah tercatat dalam sejarah. Di mana rasionalnya kenaikan kadar bayaran ini, hanya mereka yang bersama Astro sahaja yang tahu.

Kita sokong pendirian KJ dan Bung Moktar tentang kenaikan kadar bayaran RM5 yang dikenakan terhadap pengguna. Masalahnya kalau setakat melenting sahaja tapi tiada apa-apa tindakan, tidak guna. Itu hanya menambahkan lagi sakit hati rakyat dengan pelbagai kos sara hidup yang kian meningkat. Lebih baik diam saja.

Soalan pokok kita, siapa pemilik saham Astro? Jika aduan dibuat terhadap Astro, apa bentuk tindakan yang kerajaan boleh buat bagi membendung kenaikan kadar bayaran ini? Siapa lagi berkuasa mengawal caj perkhidmatan oleh sesebuah syarikat, Astro sendiri atau Kerajaan?

Sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....