TAK TAHAN!!! TONY FERNANDES MEROYAN SAKAN GARA-GARA PEMINAT!!!



Pemilik kelab Liga Perdana Inggeris Queens Park Ranger Tan Sri Tony Fernandes menyerang penyokong kelab berkenaan yang kecewa dengan kekalahan 2-0 kepada West Ham dengan mengatakan begitu mudah untuk hanya mengkritik.



Fernandes memberikan respon kepada serangan-serangan yang diterimanya ekoran keputusan perlawanan yang menjadikan kelab mereka berada di tangga terbawah Liga Perdana Inggeris.


Beberapa akhbar British memetik tweet Fernandes yang memberikan pendapatnya terhadap perlawanan itu dan persoalan terhadap situasi kelab berkenaan.



Akhbar The Daily Mirror melaporkan, Fernandes menegur berkenaan prestasi pasukannya itu sejak beberapa tahun lepas, membandingkannya dengan pasukan jatuh prestasinya tetapi kembali bangkit.

Dua hari lalu, Fernandes juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan pasukannya dan berkata "prestasinya tidak cukup cemerlang" dan perlu "bersedia untuk perlawanan".

"Berdiri dan berani. Kita ada pemain yang bagus. Sudah tiba masanya mereka kembali cergas dan bersedia untuk perlawanan," katanya melalui di akaun Twitter @tonyfernandes.

Berikutan dengan respon peminat yang menjangkakan prestasi lebih baik, Fernandes membalas: "Beberapa perkara. Kita dinaikkan kedudukan. Ingat kelab lain yang jatuh kedudukannya. Ingat berapa mana kelab yang meningkat," kata Fernandes yang juga merupakan pemilik AirAsia.

Semalam, beliau turut menulis di laman Twitter:"Cukup. Tiada lagi alasan daripada mana-mana pihak terutamanya saya. Duit berhenti dari saya. Saya bersedia untuk perlawanan.

"Saya bukan bodoh atau mengalah. Saya boleh beri jaminan kepada penyokong saya akan sentiasa telus dan berusaha.

"Lihat kedudukannya. Satu gol bukan bermakna satu gol. Gol kedua menentang perlawanan. Tiada alasan. Kita boleh melakukan yang lebih baik."

Mail Online melaporkan, Fernandes kecewa dengan kritikan daripada peminat disebabkan kegagalan kelab itu menggantikan Loic Remy yang dipersalahkan atas prestasi lesu mereka.

Remy menyertai Chelsea sejurus sebelum tarikh tamat pemindahan pemain tamat pada musim panas.

Fernandes berkata melalui tweetnya:"Ketika kita kehilangan Remy 48 jam sebelum tarikh tamat itu adalah kesan yang besar. Tapi kita teruskan. Berhentikan hantar tweet yang tidak masuk akal kepada saya."

"Saya sayangkan komen Remy. Remy kekal, dia di rumah saya untuk makan malam bagi menandatangani penyambungan kontrak. Kemudian Chelsea hubunginya.

"Ya, saya boleh keluarkan penyerang dalam 24 jam. Kami berusaha dengan (Fabio) Borini. Sungguh mudah setakat mengkritik dari kerusi."


Semakan di Twitter mendapati Fernandes membuang beberapa tweet yang dikeluarkannya.

QPR Report mengeluarkan tweet:"Sama ada saya tersilap membaca tweet @TonyFernandes termasuk "kritik dari kerusi" dan "berhenti menghantar tweet tidak masuk akal kepada saya".

Pengguna Twitter, 'ghostdog' menulis,"@QPRReport @tonyfernandes saya tidak mempercayainya. Memadamkan tweet kegemaran saya, beliau perlu berhenti mengeluarkan tweet." – 7 Oktober, 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....