KOTA KINABALU: Dua anggota bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba di Pangkalan TLDM di sini petang tadi.
Bintara Kanan Charles Christopher Muni, 39, dan Bintara Muda Steve Hudson Miso tiba tepat jam 6.13 petang dengan helikopter Super Lynx dari KD Lekiu di perairan pantai barat Sabah.
Difahamkan kedua mereka mengalami masalah kesihatan serta terkena renjatan elektrik.
Charles dikatakan telah mengalami sakit perut (gastrik) manakala Steven mengalami masalah kesihatan selepas terkena rencatan elektrik.
Setibanya mereka di pangkalan tersebut, mereka dibawa terus ke Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu untuk rawatan segera.
Sementara itu, Penglima Wilayah Laut 2 Datuk Mohammad Rosland Omar yang dipetik Bernama pada sidang akhbar siang tadi sebagai berkata Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah, dijangka tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu antara 11 pagi dan 7 malam Rabu.
"Operasi penundaan bot itu yang bermula 10 malam tadi kini dilaksanakan KD Ganas yang menggantikan KD Paus dan diiringi KD Lekiu bergantung kepada keadaan cuaca."
"KD Paus yang menunda bot itu sebelum ini mengalami masalah pada tangki minyak pada tengah hari tadi dan telah dibawa ke Stesen 5, Pulau Layang-Layang," katanya sambil menambah paling cepat mereka akan sampai esok adalah 11 pagi dan paling lambat pun pada pukul 7 malam, bergantung kepada kelajuan dan keadaan cuaca.
"Buat masa ini, bot dan kesemua anggota terbabit berada pada kedudukan 114 batu nautika ke barat laut dalam keadaan laut peringkat empat dan ketinggian ombak pada paras 2.5 meter. Penundaan boleh dibuat pada kelajuan empat hingga enam knot."
Menjelaskan kesemua tujuh anak kapal terbabit berada dalam keadaan letih namun bersemangat, Rosland berkata tujuh anak kapal bot itu ialah Lt Azri Bakar, BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani. - Sarawakiana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....