Kegilaan selfie sesetengah orang memang dah tahap melampau, sampai kadang-kadang tak terfikir tentang kesesuaian keadaan langsung.
Yang mereka tahu, ‘para peminat’ yang follow mereka di laman sosial mesti di update apa sedang mereka lakukan, apa yang dipakai dan bagaimana rupa wajah mereka waktu itu.
Atas sebab itu, seorang pekerja di sebuah hospital dikecam di laman sosial.
Mana tidaknya, gara-gara teruja sangat nak selfie, dia telah memuat naik gambar yang menampakkan punggung pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.
Gilalah, dibuatnya kena saman dengan pesakit tu baru tahu!
Agaknya cik kak ni terlalu fokus tang muka dia kot, sampai lupa nak tengok juga keadaan di belakangnya tu sesuai ke tidak untuk dikongsikan di laman sosial yang pasti akan dilihat ramai orang.
Lagi pun tak silap kami, bukankah telefon bimbit tidak boleh digunakan dalam bilik rawatan apatah lagi sewaktu kerja?
Apa pun harap-harap selepas ini, pemilik wajah dalam status Facebook di atas akan insaf hendaknya, dan tidak lagi selfie di waktu kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....