MURTAD : Pembongkaran Agenda Kristianisasi Di Kalangan Melayu!!!!



Pembongkaran ini pastinya menakutkan kita yang beragama Islam. Walaupun agenda kristianisasi ini telah bergerak sejak dari dulu lagi, namun pendekatan halus penuh tipu daya ini pastinya memerlukan umat Islam bangkit dan bersedia untuk mempertahankan kesucian agama kita.
Pendedahan Dato Rusly Abdollah ini semestinya menyedarkan banyak pihak khususnya jabatan ataupun agensi-agensi yang berkaitan dengan pengembangan dan pembangunan Islam di negara kita. Seharusnya pihak-pihak ini mengambil tindakan yang proaktif samada untuk menangkis gerakan liberalisasi agama mahupun kristianisasi.


Apa pun, cabaran semestinya lebih sukar untuk menangani golongan ini berbanding mereka yang benar-benar murtad kerana gaya hidup dan penampilan mereka masih kekal seperti masyarakat Islam.

Huh! Dalam masa beberapa minggu ini banyak sungguh gerakan atau usaha-usaha terbuka yang cuba mencabar kesucian agama kita. Kempen sentuh anjing, kempen makan katak, anjing dipakaikan serban dan terbaru ulama diserang dengan pelbagai cerita fitnah. 

Persoalannya, adakah pihak berwajib hanya memerhati dan membuat kenyataan media setiap kali isu-isu sebegini muncul tanpa sebarang tindakan yang lebih proaktif?

Apa pandangan?

1 ulasan:

  1. Jika kita semua leka, melayu murtad berleluasa kelak. Cegah sebelum parah. Memang tugas Jabatan Agama peringkat negeri dan persekutuan menangani masaalah ini secara serius. Kena pantau dan mencari dari punca nya.

    Melayu murtad mesti di cari dan di 'kuarantin' dari penyakit yang membawa murka Allah SWT.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....