MESTI BACA!!! Penjelasan Ustaz Abu Zulfaqar Sertai "KEMPEN HANJING" ( VIDEO )



INI ADALAH KENYATAAN SEBENAR USTAZ ABU ZULFAQAR ketika di program "I Want To Touch A Dog." Dipaparkan video ini supaya saudara-saudari memahami duduk perkara sebenarnya. Bersama ini juga dipautkan kenyataan beliau selepas pelbagai kata-kata dilimparkan terhadap beliau. 

Pendakwah yang terlibat menyampaikan tazkirah pada program kontroversi 'I Want To Touch A Dog' mengakui ia disalah tafsir oleh pengunjung.


Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari berkata, Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi menjemputnya untuk mengisi slot ilmu.

"Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul serta mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor.

"Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab.

"Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya," ujarnya dalam kenyataannya di laman sosial semalam.

Menurut Iqbal Zain, dia memenuhi jemputan itu bagi menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.

"Saya ingin jelaskan disini bahawa saya tidak bersetuju dengan aksi peluk, cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.

"Saya juga jelas menerangkan, tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.

"Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media," ujarnya.

Justeru, beliau memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya peroleh dari apa yang telah berlaku.

"Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat," ujarnya.




Dengan memapar kenyataan Ustaz Abu Zulfaqar ini, tidak bermakna pula ia sebagai tanda sokongan ke atas program itu. Sebaliknya ingin didedahkan apa yang sebenarnya beliau ungkap dalam ceramah ringkasnya itu tetapi tidak didedahkan pihak media.


VIDEO

https://www.facebook.com/video.php?v=10152444300182291&set=vb.592637290&type=2&theater

http://www.youtube.com/watch?v=35BXQyaA9LY&feature=youtu.be

4 ulasan:

  1. Baling batu sembunyi tangan..??

    BalasPadam
  2. Terlajak perahu boleh diundur ustaz....
    Kalau ustaz sensitif dan menggunakan otak, tajuk program pun sudah dapat dihidu apakebenda program tu...
    Katakan kalau ustaz tak perasan, maka ustaz boleh beredar segera bilamana mula melihat betina2 bertudung tu mula memegang anjing.... tanda tak setuju atau protes... lainlah kalau ustaz belum dpt payment yang dijanjikan, maka kalau beredar takut pula duit tak masuk.... banyak barangkali? Berbaloi untuk menjual agama barangkali?....

    BalasPadam
  3. kalau dari statement ustaz tersebut...nampak dia diperangkap..tidak diberikan maklumat yang betul berkaitan program...

    BalasPadam
  4. Fatwa Dr Maza dahulu kata DNA babi dalam cokelat tak haram. Sekarang pegang anjing pun tak haram. Lepas ini dia bolehlah keluar fatwa pegang tetek perempuan tak haram kalau berlapik. Orang Islam pelihara babi pun takpe sebab bukan untuk makan tapi niat untuk jual....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....