MELAMPAU DAN BIADAP!!! Dr Asri Samakan Ulama Pengampu Seperti "Anjing Jelirkan Lidah"



Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengatakan golongan ulama yang menjadi pengampu dan menyembunyikan kebenaran seperti anjing menjelirkan lidah, meneruskan debat mengenai program "I Want To Touch A Dog" yang dianjurkan di Selangor hujung minggu lalu.


Bekas mufti Perlis itu berkata Al-Quran menyatakan ulama yang menjual ajaran agama hanya untuk kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

“Menjadi mat rempit, perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyeleweng fakta sehingga manusia tersesat.

“Maka Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah,” katanya menerusi kiriman di akaun Facebook Dr Maza.com.

Asri berkata anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badan atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya, seperti juga ilmuan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia.

Katanya golongan itu sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain.

“Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya.

“Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka.

“Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain,” katanya.

Semalam, bekas mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata program "I Want To Touch A Dog" anjuran umat Islam di Selangor satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.

"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Katanya jika ulama berpegang atas prinsip ilmu, mereka akan mendapat kemuliaan, namun jika gopoh dengan silauan tawaran dunia, samalah golongan itu seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

“Ya, ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa.

“Namun walau apa pun keadaannya, mereka tidak boleh menyeleweng fakta atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah.

“Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia,” katanya.

Asri berkata beliau bukanlah menyokong kempen menyentuh anjing seperti yang digambarkan media tertentu, namun hanya bercakap dari dimensi teks Islam berkaitan anjing dan bukannya mengenai kempen berkenaan.

Katanya apa yang cuba dibangkitkan hanyalah untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing.

“Saya tidak menyatakan sokongan atau pun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan.

“Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat panda dari China.

“Jika saya ingin menyokong atau pun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini,” katanya. – 21 Oktober, 2014.

4 ulasan:

  1. bodohnya tajuk tulisan ni.... kan Dr MAZA dah ckp AlQuran menyatakan seperti anjing jelir lidah bagi ulamak yg mengampu pemerintah walaupun salah.

    ulamak dan mufti2 malaysia mana ada mcm tu, semua berckp benar belaka walaupun BN tk suka. so tiadalah ulamak malaysia yg seperti disebut AlQuran ini.

    ulamak seperti anjing jelir lidah terdapat di negara2 afrika dekat dgn eropah timur sebelah kazakhtan. kat situ ada.

    BalasPadam
  2. Mamat
    Eh..eh...Meow engkaulah yang bodoh tak faham. Dasar hati pembangkang, hati dah hitam.

    BalasPadam
  3. Isunya ialah pegang anjing. fatwanya dah jelas.Kenapa meleret-leret nak kaitkan dengan yang lain walaupun faktanya betul tapi tujuannya cuba menghentam. Inilah tujuan puak liberal ni untuk melagakan sesama ulamak supaya umat islam keliru.

    BalasPadam
  4. Tak heranlah umat islam sentiasa brpecah & brperang sesama sndri....mcam2 ada..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....