TERKINI!!! Azmin Ali Melopong Bila Wan Azizah Diangkat Sebagai MB Baru!!! Khalid?



Selain tragedi MH17 yang menjadi tumpuan rakyat pada ketika ini, isu siapa bakal dinaikkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru juga cukup hangat diperdebatkan.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi menetapkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ianya diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat berlangsung di sini hari ini.

"Pemilihan Wan Azizah dianggap sebagai pemimpin yang paling sesuai untuk membawa kestabilan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Selangor.

"Beliau dapat menyelesaikan pelbagai isu yang melanda negeri ini seperti masalah bekalan air mentah, isu infrastruktur asas seperti sampah dan lain-lain di negeri itu," katanya di sini hari ini.

Anwar menjelaskan, pihaknya akan membawa perkara itu untuk persetujuan Pakatan Rakyat di mesyuarat Majlis Presiden Rabu ini.

Sebelum ini, Khalid Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan menolak sebarang desakan agar berundur dari jawatan tersebut.

Manakala pihak PAS yang menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling banyak di Selangor bersetuju dengan pengunduran Khalid Ibrahim akan tetapi menolak Wan Azizah menduduki jawatan tertinggi negeri itu.

Keputusan ini sudah pasti bakal mewujudkan pelbagai reaksi baik dari kem Menteri Besar sekarang, Khalid Ibrahim, calon popular Azmin Ali serta kepimpinan PAS Selangor juga.

Dan paling penting, apakah pihak Istana khususnya Sultan Selangor itu sendiri sedia memberi perkenan dengan pencalonan Wan Azizah ini. Sama-sama kita tunggu reaksi dari semua pihak yang berkaitan.

1 ulasan:

  1. dulu aljuburi kutuk Dr.M pasal kroni sekarang lantik bini utk jadi MB ganti Khalid, makan apa yang dia ludah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....