#MH17: Tiada Kotak Hitam - Puak Pemberontak Mungkir Janji?



Kejayaan pasukan Malaysia mengadakan rundingan terus dengan pemimpin puak pemisah (Republik Rakyat Donetsk), Alexander Borodai, bagi mendapatkan kotak hitam milik MH17 mungkin berakhir dengan kegagalan jika berdasarkan janji awal.

Pada jam 11 malam tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa rundingan Malaysia dengan Borodai mencapai kata sepakat mengenai penyerahan dua kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.


Perdana Menteri mengumumkan ia akan diserahkan oleh puak pemisah kepada pasukan Malaysia di Donetsk pada 9 malam ini (waktu Ukraine), kira-kira jam 7 malam waktu UK dan 3 pagi waktu Malaysia.

Najib berkata, tindakan itu berjaya dicapai hasil perbincangan beliau bersama Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai petang ini yang bersetuju mengenai tiga perkara utama.

Selain membawa segera keluar mayat dari lokasi tragedi dan menyerahkan kotak hitam, puak pemberontak juga memberi janji keselamatan untuk membolehkan pasukan penyiasat termasuk dari Malaysia menjalankan kerja-kerja penyiasatan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, media yang menerima jemputan upacara penyerahan tersebut melaporkan sehingga jam 9.30 waktu Denotesk, tiada apa-apa yang berlaku.

Wartawan berpengalaman, Max Sexddon yang berada di hotel berkenaan melaporkan ketibaan rombongan Malaysia dan juga Borodai.







Namun selepas pertemuan kedua-dua belah pihak meninggalkan bilik rundingan tanpa sebarang tanda penyerahan kotak hitam MH17 seperti sepatutnya.

Max Seddon dalam twitter terkininya merujuk kepada kegagalan ini:

This would be a great diversion for someone to hand a Malaysian a black box. Classic maskirovka indeed.

- SUMBER

1 ulasan:

  1. Baru sebentar tadi kata Najib buat announce kotak hitam akan diserahkan. Kecoh kata Najib power sgt dgn 1 kali call aja ketua pemberontak yg ganas pun terketar2 melutut kat Najib. Aku dah agak dah Najib ni cuma nak amik nama aja sedangkan dia ni bodoh dgn bini pun pijak semut tak mati. Apalah kerja yg Najib leh buat sedangkan otak dia pun ditaruknya kat celah burit bini.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....