#MH17 : REAKSI!!! Antara Luahan Ibu, Adik Dan Ahli Keluarga Mangsa Nahas!!



Menurut sumber, satu keluarga 6 beranak yang menaiki pesawat MH17 dikhuatiri turut maut dalam insiden pesawat yang ditembak itu. 

Pasangan Ariza Ghazalee dan Tambi Jiee bersama 4 orang anaknya dikatakan kembali ke Malaysia setelah bermastautin di Kazakhstan selama lebih 2 tahun. Keluarga mereka berasal dari negeri Sarawak. 

Gambar bagasi yang dimuatnaik oleh Ariza dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial. 





Mungkin sahaja Hijrah mereka sekeluarga ke Jannah... Amin. 

Adik kepada Ariza juga memberi komen di gambar tersebut mengesahkan pemergian mereka yang terlibat dalam nahas lewat malam semalam.




Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan setiap mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

SUMBER



"Nurshazana ada hubungi saya melalui kiriman Whatsapp dan meminta foto anak saudaranya kerana rindu," kata Mohamed Salleh Samsuddin, 54, bapa kepada seorang pramugari yang maut selapas pesawat MH17 terhempas di Timur Ukraine.

Menurutnya, kiriman Whatsapp itu dihantar 24 jam sebelum pesawat dinaiki anaknya berlepas dari Amsterdam. 

Mohamed Salleh berkata, anaknya turut meminta dia dan isteri menghantar salinan foto kad pengenalan mereka namun tidak memberitahu apa yang mahu dilakukannya. 

"Anak juga memberitahu dia akan pulang pada hari raya pertama dan meminta kami menunggunya untuk menziarahi kubur sanak saudara. 

"Dia juga turut memberitahu akan membaca Yassin di kubur dan berkeras mahu kami sekeluarga menunggunya," katanya yang ditemui di rumahnya di Bayan Baru di sini, sebantar tadi. 

Menurutnya, anaknya itu anak sulung dari empat beradik dan bekerja sebagai pramugari sejak sembilan tahun lalu.

- Sumber Harian Metro

Di Sepang, Selangor, Abang kepada seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada Khamis berkata adiknya Md Ali Md Salim, 30, begitu teruja untuk pulang beraya di kampung mereka di Muar, Johor.

Menurut Md Zaki, seminggu sebelum kejadian adiknya sempat berbual di laman sosial Facebook dan menyatakan hasrat untuk membeli seluar dan kasut untuk semua anggota keluarganya.

"Dia sempat bertanya kepada kami meminta saiz seluar dan kasut untuk dibelinya," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Md Ali yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik itu sedang melanjutkan pelajaran dan menyiapkan tesisnya dalam kajian psikologi peringkat Doktor Falsafah (PhD) di salah sebuah universiti di Armsterdam.

"Setelah mendapat berita dari kakak, saya bergegas ke lapangan terbang ini dan pihak MAS sahkan adik saya adalah salah seorang penumpang pesawat itu," kata Md Zaki.

Penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di KLIA, Sepang pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.

SUMBER



Dalam sesi yang lain, Adik kepada penumpang pesawat MAS MH17, Noraini Mohd Noor, 50 berkata, kakaknya Norahimah Mohd Nor,67, berada dalam pesawat berkenaan untuk pulang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, kepulangan kakaknya itu kali terakhir, lima tahun lalu setelah menetap di Geneva sejak 30 tahun.

"Dia sepatutnya pulang bersama anak lelakinya tetapi hanya pulang seorang diri dan bercuti di sini selama enam minggu," katanya.

Beliau yang sebak memaklumkan mengetahui nahas pesawat MH17 yang terhempas di ruang udara Ukraine itu setelah mengikuti perkembangan berita di televisyen.

Noraini kemudian ditenangkan ahli keluarganya yang lain dan meminta media menghormati keadaan keluarga yang sedang bersedih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....