KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa seramai 298 jumlah penumpang dan krew, termasuk tiga orang bayi terlibat di dalam nahas pesawat MH17.
MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 45 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.
Sementara itu kewarganegaraan 41 orang lagi masih belum dikenal pasti.
“MAS mengesahkan pesawat MH17 tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.
“Laluan penerbangan itu sebelum ini telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.
Pesawat MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia sebelum disahkan terhempas.
Dalam perkembangan lain, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan satu sidang tergempar pada Jumaat bagi membincangkan insiden pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine.
Mesyuarat 15 negara anggota yang dipengerusikan oleh Rwanda itu akan diadakan pada pukul 10.00 pagi waktu New York (1400 GMT).
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataannya mahu “satu siasatan penuh dan telus oleh pasukan antarabangsa” berhubung insiden itu.
Britain sebelum ini menggesa satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan satu pasukan siasatan diketuai oleh PBB ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....