Marang: Langkah strategik yang diambil pengurusan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan beberapa syarikat tempatan membuka peluang pekerjaan kepada 10,000 pelajarnya selepas tamat pengajian.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Zainuddin Yahya berkata, 82 peratus pelajar lepasan IKBN seluruh negara memperoleh pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.
Menurutnya, pelajar lepasan 20 IKBN itu diserap ke syarikat berkenaan melalui MOU yang dimeterai.
“Bidang automotif dan pendawaian elektrik lepasan IKBN adalah bidang paling mudah memperoleh pekerjaan selain lepasan jurusan kimpalan paip gas yang menunjukkan 100 peratus pelajarnya mendapat pekerjaan,” katanya.- SUMBER
Link ke IKBN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....