HEBAT!!! Anak Malaysia DINOBATKAN Pengarah Terbaik Anugerah Filem Golden Horse




TAIWAN: Pengarah Taiwan kelahiran Malaysia, Tsai Ming-Liang memenangi pengarah terbaik pada Anugerah Filem Golden Horse untuk filem arahannyaStray Dogs.

Filem yang berkisarkan mengenai seorang bapa yang kehilangan tempat tinggal dan meneruskan kehidupan bergelandangan bersama dua anaknya di Taipei itu sebelum ini turut memenangi Anugerah Khas Juri di Festival Filem Venice yang ke 70 yang lalu.

"Saya tidak menjangka akan menang. Saya fikir hanya di Taiwan sahaja boleh terjadi seorang berketurunan Cina Malaysia yang penah bergaduh dengan penganjur Anugerah Golden Horse boleh memenangi anugerah ini” kata Tsai.

Sebelum itu pada tahun 2006, Tsai pernah mengancam untuk memboikot selamanya majlis berprestij itu selepas juri mengkritik filemnya - I Don’t Want To Sleep Alone semasa proses penamaan calon.

Stray Dogs turut menerima lima pencalonan di anugerah tersebut termasuk anugerah Filem Cetera Terbaik.

Pelakon utama filemStray Dogs iaitu pelakon Lee Kang-sheng turut memenangi pelakon terbaik dengan membawa watak sebagai bapa di dalam filem tersebut mengalahkan pelakon hebat Tony Leung Chiu-wai dan Tony Leung Ka-fai .

Hampir 40 filem dicalonkan di Anugerah Filem Golden Horse yang ke 50 yang dikatakan setaraf Anugerah Akademi di Amerika Syarikat

Majlis kali ini telah dipengerusikan oleh Ang Lee, pengarah yang pernah memenangi Anugerah Oscar.




1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....