TEKANAN!! Selepas Azmin, Khalid "DISERANG" Gobind Singh Pula!!!






Kekalutan serta kepincangan pentadbiran negeri Selangor semakin terserlah ketika ini. Terbaru, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diminta memberikan penjelasan terhadap kenyataannya yang lebih menerima pandangan rakyat berbanding pemimpin parti atau ahli politik.



Khalid sebelum ini dilaporkan memberi kenyataan ini: “Saya lebih mendengar kritikan rakyat daripada pemimpin parti dan ahli politik”.

Khalid dikatakan membuat kenyataan itu bagi menjawab kritikan terhadap pentadbirannya oleh Ketua Umum PKR, Datu Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pemimpin DAP pula kini memberi tekanan terhadap Khalid dengan meminta menteri besar itu memberi penjelasan terhadap kenyataan itu.

“Saya meminta Khalid menjelaskan apa yang beliau maksudkan apabila berkata, ‘Saya lebih mendengar kritikan rakyat dari pemimpin parti dan ahli politik’ ,” kata Gobind Singh Deo (gambar), Ahli Parlimen Puchong dari DAP dalam satu kenyataan hari ini.




Sebelum ini, pemimpin daripada partinya sendiri iaitu PKR turut meminta beliau memberi penjelasan berhubung isu sama.

“Memang kita dalam Pakatan mengutamakan rakyat tetapi Khalid mesti menghormati fakta bahawa ahli politik mewakili rakyat dan menjadi tugas mereka untuk membawa masalah rakyat kepada kerajaan negeri dan MB untuk menyelesaikannya.

“Khalid jangan mengambil mudah hal ini,” katanya yang juga Setiausaha Biro Undang-undang DAP.
Katanya, Khalid membuat kenyataan yang sangat serius dan bakal menghasilkan kesan serius.

“Tetapi sebelum saya komen lebih lanjut, saya pohon supaya dia menjelaskan hal ini bagi membolehkan kita jelas sebelum membuat sebarang respon,” katanya.

Anwar dan Azmin sebelum ini mempertikaikan cara Khalid menguruskan ekonomi Selangor.
Khalid didakwa hanya pandai mengumpulkan wang tetapi tidak pandai membelanjakannya.

Pada 12 Oktober lalu, Anwar mengkritik Khalid secara terbuka dan meminta beliau tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

Sebaliknya, beliau memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkannya berjaya membawa Pulau Pinang mencapai tahap prestasi terbaik.

Sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mengkritik pelantikan Khalid sebagai menteri besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....