KEJUTAN!!! Bung Mokhtar Ikut Jejak Tun M?




Sandakan: Suasana gembira meraikan kemenangan Ketua UMNO Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bertukar hiba apabila beliau mengumumkan meletak jawatan, sekali gus menyerahkan jawatan kepada timbalannya, Jafry Ariffin.



Pengumuman mengejut itu menyebabkan suasana sunyi sebelum seluruh perwakilan berdiri sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan pemimpin cukup dikenali itu.

Difahamkan, Bung Moktar mahu meletak jawatan kerana terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir ahli yang tidak bersatu hati selain cuba ‘menikam dari belakang’.

“Apakah kehadiran saya selama ini langsung tidak memberi sebarang perubahan baik untuk Kinabatangan?,” katanya ketika ditemui di Dewan Hakka, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Bung tidak menyatakan tarikh tertentu beliau akan meletak jawatan itu secara rasmi.

Terdahulu, Bung Moktar yang menang bertanding memegang jawatan Ketua Bahagian Kinabatangan dicabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman.

Lantaran itu, Bung Moktar kecewa kerana situasi itu seolah-olah menggambarkan ahli dalam parti berpecah-belah dan tiada kesefahaman.

“Justeru itu, saya mahu menyerahkan jawatan saya ini kepada mereka yang setia di belakang saya untuk meneruskan perjuangan parti,” katanya.

1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....