Gong Kedak : Pengundian awal telah dijalankan di Markas Tentera Gong Kedak bagi Pegawai-Pegawai dan Anggota ATM, POLIS dan Pegawai-pegawai SPR yang bertugas pada PRK kali ini.
Antara intipati ucapan oleh datuk wira hj wan ahmad bin wan omar semasa press comference pada jam 11.45-12.01,sehingga jam 11.30 tadi peratusan keluar mengundi dijangkakan sebanyak 55% dan 45%lagi akan keluar selepas waktu kemuncak.
SPR menjangkakan 75% keluar mengundi pada 24 julai 2013 nanti tanpa ada sebarang insiden tidak diingini berlaku.Beliau membuktikan dakwat kekal pada kali ini lebih tahan lama dan yakin bahawa dakwat tidak akan hilang selepas 6 hari selepas pembuangan undi katanya.
Menyatakan tidak ada seorang pun rakyat malaysia yang mengundi lebih dari 2 kali kerana sebelum membuang undi,terlebih dahulu pemilih mendaftar nama di kerani pendaftar.
SPR bercadang utk mengumumkan keputusan rasmi undi pada jam 10.00 malam kerana pihak SPR mahu memberi laluan kepada solat isyak dan terawih kepada seluruh ummat ISLAM terutama di Kuala Besut ini.
Pihak kami (SPR) mendapati laporan polis sepanjang tempoh berkempen prk N 01 kuala besut sebanyak 43 kes laporan biasa dan 2 kes melibatkan kes bakar bendera dan ceramah tidak ada permit.
Keadaan masih lagi terkawal dan calon bn dan pas masih berada di lokasi.. SUMBER
PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan di antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang juga seorang jurutera dengan kontraktor, Endot @ Azlan Yusof yang mewakili Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....