TAHNIAH!! UST AZHAR IDRUS SELAMAT NIKAH KALI KETIGA




Hari ini (26 May 2013), dikhabarkan Ustaz Azhar baru sahaja menikahi seorang gadis bernama Izyan berusia 27 tahun sebagai isteri ke-3 nya. Lihat dari mata pun boleh buat ramai lelaki jatuh cinta tapi malangnya anak dara yang menjadi miliknya bukannya janda yang kurang berada. Alangkah lebih baik jika beliau kahwini ibu tunggal dimana masa yang sama dapat membantu orang lain seadanya dan harapnya bukan kerna nafsu semata.

Apa motif perkahwinan Ustaz ini?? Diharap datang dengan hati yang ikhlas bukannya sekadar hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah bahwa akulah hero yang boleh kahwin tiga. Kaum wanita mungkin ada yang berderai air mata melihat ustad ni punya kerja.

Dikhabarkan, gadis bernama Izyan yang dinikahi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini adalah anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Tahar iaitu Ketua Cawangan Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak. 




Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.



UAI di majlis perkahwinan beliau. Turut kelihatan kedua-dua isterinya yang lain.
- Foto ihsan FB Hafiz Hamidun



UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ di samping penyampaiannya yang kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi.

4 ulasan:

  1. Mungkin dah ada Calon ke-Empat.....pun....
    sedang menanti giliran....

    ISLAM limitkan kepada 4 sahaja....

    Tapi aku ni.... satu pun belum lagi.....


    BalasPadam
  2. Penyu Menangis SIAPA yang Tahu ?

    manakala

    Senyum yang IKHLAS akan berseri wajah mereka....

    BalasPadam
  3. jodoh die, doakan je la yg terbaik...

    ape jua niat die, x pyh amik tau..

    janji bahagia...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....