AMEKKAU!!! MENTERI KDN ARAH BURU "TENTERA SIBER" HABIS-HABISAN!!


TERKINI! MENTERI KDN DEDAH KUMPULAN 'TENTERA SIBER' YANG DI SENARAI HITAM!!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu. 

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar. 

“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang, " katanya kepada pemberita di sini hari ini. 




Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. 

Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan. 

Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu. 

Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna. 

"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,” katanya. 

Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan – Bernama.

3 ulasan:

  1. Gempar semua - peniaga cina dap pukul orang melayu kat pertama complex http://kerisputera.blogspot.com/2013/05/peniaga-cina-pukul-orang-melayu-cina.html

    BalasPadam
  2. DSN,
    Kami ahli akar umbi sesungguhnya terasa amat penat dan letih. Jika DSN masih lagi melayan mereka seperti menanatang minyak yang penuh saya percaya umat melayu yang setia dan menyanyangi UMNO akan berpecah belah.
    Akan ada kelompok yang bangun menentang kepimpinan DSN najib kelak. Saya merayu dan amat berharap agar DSN carilah jalan terbaik agar perpaduan dikalangan umat melayu serta ahli umno akan terus utuh serta mampu mempertahankan kuasa politik orang melayu.
    Hentikanlah sikap berbaik sangka dengan musuh dalam selimut. Ibarat musang berbulu ayam, jgn dilayan dan dituruti lagi kehendak ultra cina. Sesungguhnya kaum tersebut seperti belanda mendapat tanah, ibarat diberi betis paha pula yang nak dirabanya.
    Sudah-sudahlah DSN menuruti kehendak mereka, ayuh bantulah mereka yang telah memilih DSN sebagai PM. Hargailah sokongan mereka agar mereka terus bersama mempertahankan kuasa politik orang melayu dan peribumi yang cintakan keamanan, kemakmuran serta sikap bertolak ansur sesama rakyat.
    Jika DSN gagal serta masih lagi berpolitik jalan selamat maka DSN akan dikenang sebagai pengkhianat umat melayu .
    Hargailah mereka sementara masih berkesempatan dan balaslah budi mereka yang telah mengangkat dan meletak DSN dipuncak kuasa. Jika tidak mampu serahkan pada yang berani dan sanggup mengambil risiko.

    BCL & ABC ( Aku Benci Cina DAP )

    BalasPadam
  3. Perhatian : Peraturan2 kejam ini terhad kepada blogger2 pro-pembangkang je tau. Semua faham senario ini cuma berlaku di Malaysia saja- tidak didunia demokrasi yang lain.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....