NIK AJIS MENCARUT LAGI KERANA 2 INDIVIDU INI!! SEBABNYA???



Nik Aziz memanggil Ibrahim Ali syaitan daam usaha terdesaknya menjawab pendedahan yang dibuat oleh Ibrahim Ali. Petikan dari laporan Utusan Malaysia SINI adalah berikut:

"Orang jenis syaitan ini malaikat pun dia lawan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pemasangan Kabel Gentian Optik di Kawasan Kota Bharu dan kawasan-kawasan lain di Kelantan di Loji Air Kampung Puteh di sini hari ini.


Kononnya Nik Aziz hanya pemegang amanah pada tanah-tanah 14 lot tanah seluas 1.76 hektar di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta. Berikut pula kenyataan sepenuhnya:




Jawapan Nik Aziz tak jelas malah menimbulkan persoalan.

1. Calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, tanah tersebut menjadi milik Nik Abdul Aziz lebih awal daripada perancangan untuk membangunkan Bandar Baru Tunjong iaitu sebelum tahun 2006 manakala surat ikatan amanah antara agensi tersebut dengan Mursyidul Am Pas itu dibuat pada 2007. 


2. ... beliau mempersoalkan mengapa tidak dicatatkan Nik Abdul Aziz hanya pemegang amanah atas nama Pengerusi PMBK atau Menteri Besar dalam geran tanah tersebut.
“Mengikut Seksyen 89 Kanun Tanah Negara, sebarang perjanjian untuk tanah harus dicatatkan dalam geran dan hasil carian rasmi serta cabutan yang dibuat mendapati perkara tersebut tidak ada kecuali nama Nik Abdul Aziz sahaja. 
Itu peruntukan undang-undang yang wajib. Dalam tafsiran undang-undang, ia milik Nik Abdul Aziz secara peribadi dan sekiranya beliau berhenti walaupun ada perjanjian, tanah tersebut adalah miliknya,’’ katanya di sini hari ini.


3. ... alasan bahawa nama Nik Abdul Aziz digunakan bagi mempercepatkan proses pindah milik juga agak pelik kerana sehingga kini, kawasan tersebut tidak dibangunkan. 

Katanya, adalah lebih baik jika pemaju membeli tanah tersebut terus daripada pemilik asal kerana harganya lebih tinggi mengikut kadar semasa.

“Apakah PMBK mahu mendapat untung dengan cara ini," katanya.




Tok Guru Rasuah Bui Bunga Bui Tanah



4. Cucu Tok Selampit menimbulkan isu: Kalau Nik Aziz Nik Mat dikatakan memegang amanah, bagaimana pula dengan tanah yang dinamakan atas nama isteri beliau, Datin Sabariah Tuan Ishak?

Datin Sabariah memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak milik keluarga.

Apa jawatan beliau dalam kerajaan untuk jadi pemegang amanah?????????????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....