BONGKAR!! SMS BERANTAI PERANCANGAN PR PADA 5 MEI 2013



PEMBANGKANG nampaknya kini semakin hari semakin terdesak setelah pergolakan dalaman kerjasama antara DAP, PKR dan PAS semakin terburai dan tidak dapat disorokkan lagi.

Ditambah pula dengan ramainya penyokong serta pemimpin mereka yang meninggalkan parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), nampaknya semakin menimbulkan kegusaran kepada puak pembangkang.

Dilaporkan telah tersebar satu sebaran teks pesanan ringkas (SMS) yang menyeru supaya penyokong-penyokong “totok” pembangkang untuk berhimpun beramai-ramai ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada 5hb Mei 2013, jam 2 petang.

Didalam SMS tersebut juga turut menyatakan bahawa Barisan Nasional akan ditumbangkan dengan apa cara sekalipun.



KLIK gambar untuk dibesarkan.


Timbul 2 persoalan dalam kotak fikiran penulis disini.

Pertamanya, tarikh 5hb Mei 2013 itu adalah tarikh hari pembuangan undi dan jam 2 petang itu proses pembuangan undi belum lagi berakhir.

Proses pembuangan undi hanya bermula jam 8 pagi dan pusat pembuangan undi hanya ditutup pada jam 5 petang, keputusannya hanya keluar pada malam harinya selepas selesai semua perkiraan undi.

Apakah pembangkang menyeru penyokong mereka untuk tidak pergi membuang undi sebaliknya berhimpun di Putrajaya ?

Bila terbaca SMS ini, penulis teringat kembali satu “kegilaan” Anwar sekitar September 2012.

Anwar pernah menyatakan bahawa dia akan menghubungi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, seawal jam 2.30 petang di hari pembuangan undi untuk mengugut dan memaksa kemenangan pembangkang diumumkan.

Anwar juga turut berjanji kepada penyokongnya yang “buta tuli” bahawa pembangkang akan diumumkan oleh SPR memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selewat-lewatnya pada jam 3 petang di hari pengundian PRU-13.

Dimana letaknya rasionaliti Anwar ?

Apakah penyokong “totok” pembangkang juga sama “gila” seperti pemimpin mereka ?

Persoalan keduanya pula adalah berkaitan “menumbangkan BN dengan apa cara sekalipun”.

Ternyata dan secara jelas tanpa berselindung, pembangkang telah berjaya meramalkan mereka akan mengalami kekalahan yang maha teruk.

Dengan frasa ayat tersebut, pembangkang ternyata tidak menghormati amalan demokrasi dan terbukti bahawa mereka cukup yakin PRU-13 adalah medan “pusara tak bernesan” parti pembangkang.

Proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia adalah satu bentuk amalan demokrasi yang menentukan kepimpinan negara berdasarkan suara majoriti rakyat.

Sebelum ini, penulis pernah menulis artikel bertajuk “Muslihat Pembangkang Hadapi Kekalahan PRU13 – Rakyat Jangan Terpedaya” dan para pembaca boleh KLIK SINI untuk membaca lanjut.

Ianya bukan satu rahsia lagi, rakyat telah sedia maklum bahawa PRU-13 ini bakal memperlihatkan kekalahan teruk pembangkang dan pembangkang juga sudah sedia untuk melakukan kekecohan akibat dari tamparan hebat kekalahan mereka dalam PRU-13.

Saban hari, rakyat disajikan dengan laporan, semakin ramai meninggalkan parti pembangkang dan menjauhi pembangkang.

Tidak cukup dengan itu, segala “kedajalan” dan muslihat kotor pembangkang turut didedahkan.

Malah setiap laporan dan pendedahan mempunyai asas dan bukti yang kukuh, jadi tidaklah menghairankan kenapa saban hari pembangkang dilihat semakin hilang keyakinan dari rakyat.

Kekalahan teruk pembangkang bukan sahaja dijangka oleh Barisan Nasional dan rakyat, malah pembangkang sendiri yakin bahawa mereka akan kalah teruk.

Perihal pembangkang yang ingin melakukan demonstrasi dijalanan menumbangkan kerajaan sah hasil undian rakyat Malaysia pada PRU-13 ini juga telah sampai ketelinga rakyat.

Rakyat juga cukup tahu dari mana datangnya dana-dana besar untuk melancarkan operasi ala “Arab Spring” pembangkang bagi mengucar-kacirkan negara selepas PRU-13.

Malah rancangan jahat pembangkang untuk menghuru-harakan negara dipandang sinis oleh majoriti rakyat yang mahukan perpaduan, keharmonian dan keamanan Malaysia terus dikekalkan.

Justeru itu, penulis menyeru semua rakyat Malaysia untuk keluar mengundi dan mengundi demi Malaysia yang terbaik pada 5hb Mei ini.

Bersama-sama kita menolak hasrat untuk membawa masuk tangan asing bagi menjajah negara kita.

Pilihlah Malaysia yang aman dan makmur, ketepikan segala agenda untuk menghuru-harakan negara!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....