PARAH!!! LAGI KEGANASAN PENYOKONG PARTI




Pergaduhan ini telah berlaku pada 23hb jam 11 mlm di lokasi persimpangan lampu isyarat Pasar Buah, Jalan Yahya Ahmad, Dungun. 

Insiden berpunca daripada tindakan penguatkuasa SPR yang ingin mengambil tindakan terhadap bendera yang dipasang di tiang lampu isyarat. 

Ketika melaksanakan tugas telah didatangi oleh sekempulan pemuda pas seramai lebih kurang 30 orang. Suasana menjadi semakin tegang apabila dipercayai pemuda pas telah memanggil penyokong pas utuk datang beramai-ramai dan dalam masa 20 minit penyokong pas telah bertambah kepada lebih kurang 200 orang. 

Ekoran daripada kedatangan penyokong pas yang ramai pihak pemantau SPR telah mengambil tindakan meninggalkan lokasi tersebut. 


Pada ketika itu juga sekumpulan penyokong umno seramai lebih kurang15 orang datang ke lokasi untuk melihat kejadian yang berlaku. Semasa dalam proses perbincangan diantara polis dan penyokong pas. 


Kembali berlaku kekecohan yang mana telah berlaku pertengkaran mulut antara seorang penyokong pas dengan penyokong umno sehingga menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang. 


Dengan tiba-tiba sekempulan penyokong pas diangarkan seramai lebih kurang 50 orang penyokong pas menyerbu dan membelasah penyokong umno tersebut. 


Ekoran daripada kejadian tersebut mangsa pengsan dan telah dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi. Kejadian berlaku dalam masa 5 minit. Mangsa telah dibawa ke hospital dungun untuk rawatan

1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....