Dalam siri kempen untuk Gelang Patah, calon DAP Lim Kit Siang beberapa kali sengaja bertanya soalan kepada penyokong-penyokong PR tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk jawatan PM.
Kit Siang menyebut empat pilihan iaitu Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang, yang mana disambut dengan “Hadi Awang” oleh penyokong-penyokong.
Kenapa Kit Siang tidak menyebut nama Anwar Ibrahim? Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Terasnya Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM.
Ini juga boleh dilihat sebagai usaha Kit Siang menjawab persoalan yangditimbulkan oleh lawan beliau calon BN Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. Apakah permainan politik yang cuba dimainkan oleh DAP?
Adakah DAP berfikir PAS lebih senang dimanipulasi berbanding PKR? Lim Kit Siang seharusnya berani tampilkan pendiriannya untuk umumkan Hadi sebagai calon pilihan DAP sebagai PM Malaysia sekiranya Pakatan menang PRU13. Mungkin jelak dengan permainan PKR menyebabkan Kit Siang beralih arah kepada Hadi Awang.
PKR juga dilihat melebihi sudu dari kuah apabila sanggup bertelagah dengan parti yang lebih tua daripada mereka, iaitu PAS dan DAP dengan sesuka hati meletakkan calon mereka di kerusi yang diinginkan mereka sehingga menimbulkan pertelingkahan. Sedangkan DAP dan PAS adalah parti pembangkang yang terawal wujud di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....