PASIR MAS - Ibu bapa kepada dua bekas anggota tentera yang terkorban dalam Ops Daulat di Lahad Datu baru-baru ini menerima sumbangan daripada Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara semalam.
Sumbangan wang sebanyak RM11,000 setiap seorang anggota tentera yang terkorban itu disampaikan oleh Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim pada majlis ringkas di rumah kedua-dua keluarga terbabit.
Zulkiple yang ditemui selepas penyerahan itu berkata, sumbangan tersebut diberi kepada ibu dan bapa Allahyarham dalam bentuk cek sebagai tanda penghargaan kepada keluarga anggota tentera yang terlibat dalam tragedi itu.
Kedua-dua yang terkorban ialah Allahyarham Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 20, dari Kampung Pasir Tumbuh, Kota Bharu dan Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, dekat sini.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....