Ladang Rakyat??? Derma Wajib Kempen #PRU13

Hadoiiii... Tak habis-habis lagi dengan isu derma. Namanya derma tapi "DIWAJIBKAN"!!!!

Belum pun habis kontroversi Ladang Rakyat di Kelantan, PAS Kelantan telah meminta peserta-peserta Ladang Rakyat memberikan derma wajib berjumlah RM100 setiap peserta untuk dana PRU13 DUN Demit.

Peserta-peserta diminta membawa wang itu pada majlis penerimaan cek dividen. Beri dividen kemudian peserta diwajibkan menderma pula.

Rosak-rosakkkkk!!!



Ni Sapa Ajar Derma Itu Wajib Ni???


Belum selesai lagi isu Ladang Rakyat mencabuli hak istimewa mereka, kini PAS buat hal lagi. Sedangkan NGO Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan) yang mewakili 18,000 masyarakat Orang Asli telah membuat satu deklarasi bahawa projek Ladang Rakyat yang dibangunkan oleh kerajaan Kelantan gagal dan mencabuli hak keistimewaan mereka. 

Deklarasi tersebut dikeluarkan dalam mesyuarat yang diwakili oleh 18 ketua pos Orang Asli bersama kira-kira 300 Orang Asli di Dewan Adat Kampung Angkek, Pos Kuala Betis. Pengerusinya, Azmi Badol, 38, memberitahu, projek Ladang Rakyat merupakan salah satu contoh kegagalan kerajaan negeri dalam menghormati hak Orang Asli selain melaksanakan projek pembangunan di kawasan yang mereka diami sejak sekian lama. 

Pembangunan projek berkenaan yang kebanyakannya telah diserahkan kepada syarikat swasta dari luar Kelantan tidak memberi sebarang faedah kepada Orang Asli, malah lebih memeritkan mereka kini kehilangan kawasan hutan yang sebelum ini menjadi lubuk rezeki mereka. Ladang Rakyat yang berkeluasan 32,817 hektar itu meliputi kawasan Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah. 

Sudahlah peserta ladang ini kebanyakannya rakyat miskin dan susah, kini diminta lagi derma RM100 seorang, sungguh kejam. Mana pergi tabung-tabung derma PAS ketika ceramah? Dah habis kena songlap atau buat bayar hotel mewah pemimpin PAS? 

PAS ada tubuhkan banyak tabug, namun tiada satu pun diketahui jumlahnya secara tepat dan ke mana dana tabung itu disalurkan, kini paksa lagi peserta ladang rakyat menderma untuk mereka.


#TukarKelantan #GelombangMerah #BetterNation #GE13 #PRU13 #TolakPR #BN4Malaysia #Najib4PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....