1. Sebagai seorang anggota Tentera Malaysia, saya sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan Negara.
2. Saya akan sentiasa merasa megah dan tampan sebagai seorang anggota tentera Malaysia.
3. Saya akan sentiasa percaya kepada tuhan serta taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong, Pasukan dan Ketua.
4. Saya akan sentiasa patuh pada undang-undang Negara serta membantu dalam pelaksanaannya.
5. Saya akan mengutamakan kepentingan Negara daripada keperluan peribadi sendiri.
6. Saya akan sentiasa bersikap sopan, ikhlas dan jujur.
7. Saya akan sentiasa menghormati kepercayaan serta tradisi dan adat resam bangsa-bangsa lain dalam masyarakat Malaysia.
8. Saya akan sentiasa membantu rakan-rakan seperjuangan saya dan memimpin mereka jika saya yang terkanan sekali dalam masa yang genting
9. Jika saya ditawan saya akan terus menentang dengan seberapa daya upaya dan apa sahaja cara yang sesuai.
10. Saya tidak akan sekali-kali menyerah diri selagi saya masih ada kemampuan untuk menentang.
11. Sekiranya saya disoal siasat saya akan memberi tahu nombor tentera, pangkat dan tarikh lahir sahaja dan tidak sekali-kali maklumat-maklumat yang boleh mengancam atau mendatangkan akibat buruk kepada Negara, pasukan, ketua dan rakan-rakan saya.
12. Saya akan mengharumkan nama Bere Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memakainya hingga akhir hayat saya.
terbaiklah komando >_<
BalasPadam