Media Filipina!!!! Jangan Dicabar Kesabaran Kami!!!


Media Filipina Sengaja Tuduh Anggota Keselamatan Malaysia Zalim

Kerajaan Filipina mungkin berhak menghantar pasukan tenteranya ke Sabah untuk menjaga keselamatan rakyatnya yang didakwa didera dalam operasi keselamatan Malaysia di sana, menurut seorang senator Filipina hari ini.

Penyiar berita ABS-CBN dari Filipina melaporkan dalam lamannya semalam Senator Miriam Defensor-Santiago berkata pasukan tentera adalah dibenarkan untuk menyelamatkan rakyat mereka jika Malaysia tidak dapat menjamin keselamatan mereka walaupun undang-undang antarabangsa menghalang penggunaan tentera tersebut.

“Selagi boleh, kami mahu elak menggunakan tentera,” kata Santiago yang dipetik oleh ABS-CBN semalam.

“Tetapi jika ini sikap Malaysia... maka kita hendaklah mendapatkan pengecualian,” kata bekas pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Senat Filipina itu, sambil menegaskan penggunaan tentera adalah jalan terakhir yang akan diambil Filipina.

Santiago juga mengecam Malaysia kerana menggunakan jet pejuang dan serangan udara untuk menghalau penceroboh Sulu di Lahad Datu pada minggu lepas dengan berkata: “Ia seperti menggunakan peluru berpandu Scud untuk membunuh lalat.”

Laporan juga mendakwa ekoran tindakan oleh pasukan keselamatan Malaysia yang menyerang penceroboh Sulu serta beberapa penganiayaan keatas warga Filipina juga mencetuskan rasa takut mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan konflik tersebut.

Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti pelanggaran hak asasi manusia seperti dilapor media Filipina dibekalkan, serta Putrajaya juga mendakwa tuduhan tersebut sebagai “palsu”.

Rabu lepas, Presiden Filipina Benigno Aquino III dilaporkan mengarahkan pegawai rasmi kerajaannya untuk menghantar bekalan makanan dan memulakan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina ― termasuk pendatang haram yang masuk mencari pekerja ― yang mana ratusan mereka telah pulang semula republik tersebut sejak Jumaat lalu.

Media Filipina melaporkan tuduhan terhadap penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya semasa serbuan oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa mencari saki baki penceroboh serta keatas mereka yang bersimpati terhadap kumpulan Sulu tersebut yang mendarat di Lahad Datu sejak bulan lepas.

Laporan The Philippine Daily Inquirer Selasa lalu mengatakan warga Filipina telah didakwa ditembak oleh polis di Sandakan selepas diarah berlari sepantas mungkin sebelum.

Ketika ini, ramai pemimpin Filipina mendesak pentadbiran Aquino untuk memfailkan aduan kepada Putrajaya atas tuduhan penderaan warga Filipina yang didedahkan semasa pulang ke negara tersebut sejak konflik berdarah tersebut berlaku.

Bantilan Esmail II, abang kepada “Sultan” Sulu Jamalul Kiram III, dilaporkan oleh Philippine Daily Inquirer pada Selasa lalu berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah didakwa melayan buruk warga Filipina di Sabah sejak sebelum berlaku pencerobohan itu lagi.


Pesanan BB :




“ Dengar sini kawan kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya, ada manusia seperti ini di tanah air kita, kerana, manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita, ya… memang bangsa kita masih muda dan masih lemah, aku tak peduli itu semua…harapan ku hanyalah, kita sesama bangsa, bersatu padu lah hendaknya… “ P.RAMLEE… (SARJAN HASSAN) 1958.

2 ulasan:

  1. Buke ke sarjan hassan berkerja utk british ?

    BalasPadam
  2. tolong daftarkan nama saya sebagai pejuang di Barisan Hadapan...saya sudah 20 tahun menjadi Guru dan mengajar anak didik saya supaya sayangkan negara dan cintakan negara Malaysia....sanggup berjuang dan BERKORBAN UNTUK NEGARA ..kini kalau tenaga saya di tagih saya akan mendaftar untuk berada di Barisan Hadapan...JIKA sesiapa saja MAHU MENGGUGAT TANAH MELAYU INI...SAYA AKAN HADIR UNTUK SYAHID.....sebenarnya semangat kami guru lama...sentiasa membara setiap detik dan ketika waktu membaca ...ayat ayat pertempuran...biar ilmu senjata tiada tetapi ilmu dan keyakinan serta sayangkan TANAHAIR SENTIASA BERNYALA...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....