Peminum dan Penggemar Kopi WAJIB Baca!!!

Anda penggemar kopi? Tak kira apa jenis kopi sekalipun, tetapi tahukah anda fakta sebenar mengenai kopi? Amalan meminum dua cawan kopi sehari dapat menyegarkan tubuh selain mengurangkan risiko serangan barah kulit. Kajian dapati produk berkafein mampu kurangkan risiko kanser .






Harvard: Minum kopi lebih dua cawan sehari, atau mana-mana kombinasi lain minuman berkafein, mungkin merendahkan risiko mendapat barah kulit, menurut satu laporan baru. Laporan dalam jurnal Cancer Research mendapati bahawa produk berkafein termasuk soda, teh dan coklat secara potensi mengurangkan risiko menghasilkan karsinoma sel basal, bentuk biasa barah kulit. 



“Data kami menunjukkan lebih banyak kopi berkafein yang anda minum, lebih rendah risiko mendapat karsinoma sel basal,” kata Jiali Han, profesor madya di Hospital Wanita dan Brigham, Sekolah Perubatan Harvard dan Sekolah Kesihatan Awam Harvard. 



Dalam laporan mereka, penyelidik menganalisis data statistik daripada lebih 112,000 responden untuk Kajian Kesihatan Jururawat. 



Bagaimanapun, kata Han, kajian tidak bermaksud orang ramai perlu mula minum jumlah kopi tidak terhad. 



“Saya tidak akan mencadangkan peningkatan pengambilan kopi anda berdasarkan data ini semata-mata. 



“Bagaimanapun, keputusan kami menambah karsinoma sel basal dalam senarai keadaan di mana risiko dikurangkan dengan peningkatan pengambilan kopi. 



“Senarai ini termasuk keadaan dengan akibat kesihatan serius negatif seperti diabetes jenis 2 dan Parkinson,” kata Han. - 



Berikut disenaraikan kelebihan dan kesan kopi kepada peminumnya :


1. Hidup lebih Lama



Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.



2. Mencegah Penyakit



Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!



3. Bersenam



Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.



4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik



Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.


5. Mencegah stroke



Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.




6. Kesihatan yang lebih baik



Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.



7. Mencegah Penyakit Gout


The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!


- SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....