Manifesto Makan Diri Penyebab Kepimpinan PR Meroyan Dengan

“Kenapa pembangkang takut dengan BR1M, sebab khuatir penyokong-penyokong mereka akan lari.  Mereka hanya mampu bercakap, berjanji, mengarang manifesto tetapi tidak mampu melaksanakan, sedangkan kami membantu walaupun tidak menjanjikannya dalam manifesto 2008.



 



Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan untuk meringankan beban rakyat di negara ini berpunca daripada perasaan mereka yang takut kehilangan sokongan dan pengaruh.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  seterusnya berkata bantuan yang disalurkan kerajaan persekutuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan-bantuan lain adalah formula yang dilaksanakan untuk membantu rakyat.
“Mereka kata BN (Barisan Nasional) itu Barang Naik. Bila kami cari formula dan dapat formula untuk bantu rakyat, mereka tuduh macam-macam,” katanya selepas menghadiri program Himpunan Barisan 1Malaysia, di Dewan Sri Zaleha Naza, Gurun, di sini Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang mengeluarkan kenyataan mengkritik usaha murni kerajaan persekutuan itu yang menyalurkan pelbagai bantuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat.
Ahmad berkata BR1M adalah subsidi tertumpu kerana selama ini subsidi diberi secara rambang iaitu ada di kalangan orang kaya atau orang asing (dari Negara luar), turut menikmatinya, seperti subsidi petrol dan minyak masak.
“BR1M adalah bantuan untuk membela nasib rakyat, mengurangkan kos kehidupan dan membantu meringankan beban rakyat. Bila digabungkan dengan bantuan RM100 pelajar sekolah, RM250 baucer buku, RM250 untuk individu bujang, RM200 rebat telefon bimbit dan RM500 BR1M, keseluruhannya melibatkan jumlah yang banyak dan dapat meringankan beban keluarga.
“BR1M dan bantuan-bantuan lain adalah perkara baik yang dilakukan kerajaan untuk bantu rakyat. Bila kita nak bantu rakyat hendaklah dihargai bantuan itu, janganlah dicaci atau dicemuh, itu menunjukkan mereka takut hilang pengaruh dan penyokong mereka lari,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....