Heboh juga semenjak dua menjak tentang program ni. Khabornya satu program yang akan diadakan serentak di pelbagai lokasi di seluruh negara.
Lebih sejuta rakyat khususnya golongan belia dijangka menyertai program 'My Beautiful Malaysia Day' pada 3 Feb ini yang berlangsung secara serentak di 100 lokasi seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata program itu bertujuan mencetuskan semangat sukarelawan dalam kalangan belia di negara ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa 2013 adalah Tahun Sukarelawan Negara.
Katanya Perdana Menteri serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka turun padang bersama rakyat di Taman Medan Cahaya Kuala Lumpur semasa berlangsungnya program tersebut bagi menjayakan program sukarelawan itu.
Program ini merupakan anjuran 1Malaysia For Youth (iM4U), inisiatif Perdana Menteri sendiri untuk belia Malaysia bagi menjalankan aktiviti kesukarelawanan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dalam keperluan dan kumpulan sosial.
Antara aktiviti dirancang ketika program itu ialah mengecat bangunan, kerja-kerja landskap, membersihkan perkuburan, membaiki bangunan seperti sekolah, rumah ibadat dan juga rumah orang miskin.
Apa pun BB tertarik dengan ulasan dari sahabat blogger Keris Putera yang mempersoalkan pemilihan "Tangan" di dalam banner atau Flyers yang diedarkan. Lihat DI SINI.
Korang plak apa pandangan???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....