PR (Penipu Rakyat) Semakin Resah, Mengadu Domba Talian Hayat Terakhir Di Gunakan


Bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semakin panas sehinggakan pakatan pembangkang semakin tidak senang duduk apatah lagi taktik lontar fitnah, dan persepsi negatif tidak menjadi, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Katanya, kepimpinan pakatan pembangkang cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada menjurus kepada isu dalaman yang dihadapi mereka lantas melontarkan pelbagai tohmahan pada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Mereka cuba sembunyikan apa yang berlaku kerana banyak sangat percanggahan dan idealogi dalam pakatan pembangkang yang mana ia bukan hanya membabitkan tiga parti yang berbeza matlamat tetapi dalam parti masing-masing itu juga wujudnya pertelingkahan yang mengundang perpecahan,” katanya kepada UMNO-Online.









Dalam hal ini beliau mengambil Pas sebagai analogi bagi menggambarkan bagaimana wujudnya ketidaksefahaman dalam kepimpinannya sehinggakan isu fundemantal turut diketepikan biarpun ia atas nama agama dan perpaduan Islam.
“Kerana itulah Majlis Syura Pas menyingkirkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada anggota Majlis Syuranya lantaran ia ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang melakukan misi kemanusiaan di Palestin.
“Parti-parti pembangkang membuat tohmahan dan tuduhan terhadap usaha dan bantuan kerajaan namun malangnya yang mendapat aib daripada tohmahan terbabit adalah mereka sendiri kerana realitinya kebajikan BN terhadap rakyat bukan bersifat pura-pura.”
Tegasnya, apabila pakatan pembangkang melemparkan tuduhan pada BN maka yang terpalit adalah mereka sendiri apabila kebenaran mengatasi persepsi palsu yang pembangkang lakukan.
“Setelah taktik kotor mereka ini gagal maka mereka cuba pula adu domba antara para pemimpin BN dan parti-parti kompenannya namun apa yang berlaku adalah dalam pakatan pembangkang itu sendiri wujud sikap saling tidak mempercayai, saling mencurigai serta tidak ada permuafakatan sebagaimana BN.
“Niat buruk pakatan pembangkang untuk cuba tanamkan bibit-bibit kebencian dikalangan rakyat terhadap BN gagal kerana rakyat amat mengenali kerajaan yang telah lebih 55 tahun mentadbir negara ini,” ujarnya.
Katanya, matlamat songsang pakatan pembangkang ini tidak akan dapat membantu malah sekiranya mereka menang dalam PRU ke-13 sekalipun ia umpama mendapat ‘abu’ daripada kesejahteraan yang telah dibakar.
“Pakatan pembangkang terlalu taksub untuk berkuasa sehingga sanggup mengenepikan nilai etika dan agama malah sekiranya mereka menang PRU maka tentunya masyarakat yang wujud ketika itu adalah yang penuh dengan rasa benci, saling berprasangka dan bermusuhan sebagaimana ia ditanamkan dalam diri rakyat hari ini.”
Tegasnya, selama ini BN berkerajaan dengan berasaskan perpaduan ummah dan kesejahteraan sejagat sedangkan matlamat pakatan pembangkang ialah cuba pisah-pisahkan masyarakat yang wujud selain perasaan negatif agar terhasilnya masyarakat yang tidak stabil dan huru-hara.
“Perdana Menteri telah meletakkan Malaysia dikedudukan terbaik dengan masyarakat antarabangsa hari ini terarah kepada negara kita walhal pakatan pembangkang mahukan kita berundur ke belakang dengan melakukan perubahan yang tidak menyumbang kepada kemajuan.”
Lantaran itu, beliau menyeru masyarakat agar tidak terpesong dengan persepsi, tohmahan, tuduhan, fitnah dan adu domba pakatan pembangkang malah sekiranya ada berita yang negatif disampaikan maka lakukanlah rujukan dan penilaianan berasaskan pemikiran waras dan maklumat yang lengkap. - MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....