KUALA LUMPUR — Ketua jurulatih skuad kebangsaannya melupakan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, sebaliknya menuntut mereka memberi fokus sepenuhnya dalam aksi menentang Thailand.
Skuad Harimau Malaya yang muncul naib jualra Kumpulan B dijadual bertemu Thailand
selaku juara Kumpulan A pada saingan separuh akhir, 9 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi timbal balik pada 13 Disember di Stadium Rajamangala, Bangkok.
selaku juara Kumpulan A pada saingan separuh akhir, 9 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi timbal balik pada 13 Disember di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Satu lagi separuh akhir bakal menemukan Singapura menentang Filipina yang akan berlangsung pada 8 dan 12 Disember. Rajagopal berkata skuad Gajah Putih itu merupakan pasukan hebat memandangkan mereka menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam dua edisi Piala AFF lepas.
"Thailand sememangnya satu pasukan yang kuat dan pada tahun ini, mereka muncul juara kumpulan A, jadi kita perlu meningkatkan lagi prestasi,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Indonesia yang menyaksikan anak buahnya mencatatkan kemenangan 2-0. Bernama
BB yang turut berada di Stadium Nasional
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....