SUKAN DAN BELIA : BAJET PAKATAN TIDAK DAPAT DITANDINGI BN!!!

Perbandingan sering dibuat bagi menilai komitmen serta tanggungjawab parti yang akan mentadbir negara khususnya mereka yang tidak cenderung memihak kepada mana-mana parti (atas pagar). Setiap parti pasti akan menjaja dan mengetengahkan tindakan serta perancangan masing-masing sekiranya memenangi pilihan raya khususnya PRU 13 yang semakin hampir ketika ini.
 
 
Dalam membuat tafsiran dan rasional bajet yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak, BB dapat membuat rumusan seperti berikut:
 
 
 
BAJET BARISAN NASIONAL
 

-     Pemberian BR1M 2.0 melalui Bajet 2013 ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak 250 ringgit.

-     Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran.

-     Di samping itu, Petronas akan menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID.

-     Kerajaan turut melancarkan program Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara. Kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yang merupakan perhimpunan belia terbesar negara bersempena dengan perisytiharan tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan nasional.

-     Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak 50 juta ringgit. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan. Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan oleh SME Bank.

-     Kerajaan akan melancarkan Pertandingan Lautan Biru  1Malaysia For Youth atau 1M4U sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia untuk mereka mempersembahkan idea-idea kreatif dan inovatif.

-     Melalui Pakej Komunikasi Belia, belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah berpeluang memperolehi rebat 200 ringgit bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G.



 
BAJET PAKATAN RAKYAT
 
-       Bajet 2013 PAKATAN RAKYAT telah disemak, tiada insentif kepada belia dan sukan.


BB : Terpulang kepada individu untuk menilainya. Ada otak PAKAI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....