PUKULAN MAUT : KJ Bidas "UMNO BARU"


Khairy Jamaluddin yang tewas dalam pemilihan merebut kerusi presiden Umno bulan lalu menyatakan keresahannya terhadap hala tuju yang diambil parti itu kini.

Beliau melihat Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada PRU ke-14 dan baginya itu hanyalah jalan menuju 'kehancuran'.

"Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum dan kutip tabung untuk bekas presiden (Datuk Seri Najib Razak)...Takkan itu saja 'Umno baru'?

"Sudah kena pukulan maut semasa PRU ke-14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat.

"Jika modal untuk PRU ke-15 hanyalah momokkan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara dan ketua hakim, lupakan saja impian menawan semula Putrajaya," katanya di Twitter hari ini.

Beliau merujuk kepada bantahan Umno terhadap pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara pada bulan lalu dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara semalam.

Dengan nada yang jelas kecewa, bekas ketua pemuda Umno itu berkata parti itu kini perlu memilih sama ada mahu kekal dengan cara itu atau mengambil "jalan tengah".

"Ke kanan (Umno) mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar difahami akar umbi, tetapi itulah jalan yang ada untuk survive," katanya yang kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan pusat parti itu.

Sebaik kekalahan pada PRU lalu, Khairy berkata ada keperluan untuk melakukan pembaharuan terhadap Umno termasuk membuka keahlian kepada bukan Melayu.

Antara kempennya sebagai presiden Umno pula adalah untuk menjadikan Umno sebagai pembangkang berwibawa terutama bagi menuntut janji 100 hari Pakatan Harapan (HARAPAN).

Khairy bagaimanapun berkata akan kekal bersama Umno kerana percaya parti itu masih "khemah besar" untuk orang Melayu dengan prinsip sederhana, haluan tengah dan meraikan kepelbagaian.

"Sebab itu saya masih bersama Umno... Cuma saya nak perbetulkan rumah saya ini agar tidak kekal dengan haluan kanan yang ekstrem dan rasis selama-lamanya," katanya lagi.

5 ulasan:

  1. Yg nk bawak masuk kaum lain ke dlm umno apa crita?
    Mca mic ader dah la..
    Nama pun parti melayu.. Utk melayu.. Ngok..
    Dap lainla.. Tada tulis parti cina (kononnya la berbagai kaum)

    BalasPadam
  2. KHAIRY JAMALUDDIN...PUKIMAK HARAM JADDAH KAU NIE. FDAH KALAH BOLEH DIAM..TAK MALU KALU BERAMBUS..KAU BOLEH KELUAR UMNO..PUKIMAK KAU..

    DULLU KAU PERASUAH TEGAR BUDAK TINGKAT EMPAT..UMNO KALAH BUKAN PASAL NAJIB..TAPI PASAL KAU JAHANAMKANKAN PAK LAH BUDAK SIAL

    BERAMBUS PUKIMAK ..ORANG MELYU TAK PERLU AGEN CIA MACAM KAU SIAL.

    BalasPadam
  3. KJ bila kita kalah kita tak blh nak bentuk parti ikut kemahuan kita .. sebaliknya ikutlah kepimpinan yg telah ditentukan oleh suara majoriti.. umno skrg parti pembangkang maka tak perlulah ada pembangkang dlm parti pembangkang.. lebih baik kj buktikan yg kj masih side pembangkang dgn mengkritik kjaan baru pula.. next time cuba nasib lg jika masih bersama umno lah..

    BalasPadam
  4. Get outlah KJ. Umno memang dah mati, tak boleh diselamatkan lagi.

    BalasPadam
  5. Cik minah burit busuk..geng kesat najis...tak payah berlakon jd melayu kau cina kapir babi

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....