Pertembungan Mukhriz dan KJ telah lama disaksikan khususnya bermula semasa pemilihan Ketua Pemuda UMNO tidak lama dulu sehingga kini.
Kita tahu Mukhriz Mahathir adalah harapan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tun M) dalam meneruskan legasinya sebagai Perdana Menteri di masa hadapan.
Kita juga tahu Khairy Jamaluddin (KJ) punya cita-cita dan potensi untuk menjadi Perdana Menteri suatu masa nanti.
Jadi apa yang berlaku akhir-akhir ini mula membuatkan penulis terfikir satu hipotesis, suatu kemungkinan.
Boleh dikatakan semua yang terlibat dalam politik negara kita sedar dan peka terhadap senario semasa khususnya tindakan KJ yang seolah-olah menongkah arus dalam partinya sendiri iaitu UMNO selepas kekalahan BN dalam PRU 14 yang lalu.
Ketika sibuk memikirkan calon yang sesuai menggantikan Najib Razak yang melepaskan jawatan Presiden UMNO, Tun M secara tiba-tiba menamakan KJ sebagai calon yang paling sesuai menerajui UMNO "baru."
Mula-mula penulis agak terkejut dengan sokongan terbuka Tun itu kepada KJ. Tun yang dikenali bukanlah seorang pemaaf sebaliknya seorang pendendam. Tun tak kan lupa apa yang "budak kanyaq" telah lakukan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebagai Perdana Menteri.
Namun, selepas memikirkan beberapa peristiwa dan strategi yang pernah digunakan beberapa pemimpin politik sebelum ini, penulis mula membayangkan suatu gerakan yang disusun rapi oleh Tun sehinggalah penulis membuat hipotesis @ andaian berikut :
- Setelah mendapati bahawa KJ adalah individu yang lebih populis daripada anaknya Mukhriz, maka KJ perlu dihalang dan disingkirkan dalam arus politik perdana.
- Secara diam, Tun memberikan sokongan kepada KJ dan menggalakkan KJ terus menghentam UMNO secara terbuka. Tindakan ini lama kelamaan akan membuat UMNO yang kini dipimpin oleh Zahid Hamidi tidak mempunyai pilihan selain daripada memecat KJ daripada UMNO.
- Pemecatan KJ akan membuka ruang dan peluang kepada Mukhriz. Dijangkakan Tun akan membawa PPBM menyertai UMNO atau UMNO dibawa menyertai PBBM dan mungkin dikenali dengan UMNO 3.0 atau nama lain.
- Penggabungan ini akan memberi dua "kemenangan" sekaligus kepada Tun di mana beliau mampu menghalang DS Anwar Ibrahim dan dalam masa yang sama meletakkan Mukhriz di landasan yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.
Belia Bangkit
23 Julai 2018 (Isnin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....