Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, sekitar jam 3 petang tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Pasukan Petugas Khas 1MDB hanya menahan Najib seorang dan dijangka dihadapkan ke mahkamah esok untuk tindakan pertuduhan.
Tangkapan ke atas Najib oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB adalah berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh pasukan siasatan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia.
Mereka yang terbabit menahan Najib di kediamannya di Jalan Langgak Duta, terdiri dari pegawai SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara.
Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB, dalam satu kenyataan mengesahkan membuat tangkapan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekitar jam 3 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.
"Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada jam 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur," katanya.
Pasukan Petugas Khas 1MDB dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....