PAKATAN HARAPAN : Kebimbangan Anwar Ada Asasnya!!!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap reaksi sikap bermusuhan mengenai pendapat berbeza yang tidak sehaluan di dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi sikap bermusuhan kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang berkata kajian Invoke mendapati sebab utama pengundi beralih sokongan daripada BN adalah kerana isu kos sara hidup dan bukan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin HARAPAN.

Beberapa pemimpin BERSATU telah mengkritik penemuan Rafizi itu.

"Saya bimbang beberapa response seolah dalam sistem kita ini tidak boleh ada sedikit pandangan berbeza. Ini berbalik kepada sistem lama.

"Apa salah anak muda beri sedikit kritikan. Saya pun kena kritikan, soal naik jet lah, soal jalan-jalan, kalau dia tanya kita jawab, tiada masalah terhadap saya," katanya.


Anwar berkata beliau tidak mempertahankan Rafizi tetapi berkata perlu ada ruang untuk pendapat yang berbeza.

"Ada orang kritik saya kerana rasa saya pertahankan (Rafizi) tapi tidak, ada yang saya setuju ada yang saya tidak setuju.

"Tapi untuk menyekatkan kemaraan anak-anak muda yang kritikal itu penyakit sebenarnya.

"Kalau nak tonjolkan barisan pimpinan baru kita kena beri ruang atau latitude atau space untuk walaupun pada pandangan kita itu, bagi saya, kurang menyenangkan.

"Beriilah ruang anak-anak muda bagi pendapat, kita bicara soal era baru, lebih terbuka, media sosial, lebih demokratik, transformasi yang lebih menyakinkan tapi bila pandangan lain sikit dah timbul kegelisahan seolah akan mengegarkan," katanya.

Menurut Anwar tanggapan sebegini perlu diperbetulkan.

"Kalau ada pimpinan yang fikir begitu (perbezaan pendapat) harus diperingatkan semula," katanya lagi.

Anwar menyifatkan Rafizi seorang yang "kontroversi" tetapi berkata beliau bekerja keras untuk HARAPAN pada PRU14 lalu.

"Tapi kalau dia, kita rasakan terlalu terlajak, tugas kita untuk nasihat," katanya.

SUMBER

5 ulasan:

  1. Tun M telah berjaya menggabungkan 4 parti dalam PH. Tanpa Tun Mahathir nanti, maka Pakatan Harapan akan menjadi Pakatan Haprak. Walhasil balik asal Parti PKR dan lain-lain parti dalam gabungan PH akan terus menjadi pembangkang seumur hidup. Pernahkah PKR terpikir kenapa partinya dari zaman Pak Kadok lagi tak pernah menang pun setiap PRU sebelum ini...!!! Agak-agak boleh menang ker PRU15 nanti kalau Tun M dan Parti Bunga menarik diri dari gabungan PH... Ingatlah bahawa orang Melayu akan kembali menyokong UMNO pada PRU15 nanti...bye...bye PH. Nampaknya rakyat sudah mula menyampah dan meluat dengan gelagat pemimpin PH ini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kali je la...bye bye PH next PRU

      Padam
    2. Lagi dok banding2. Ko ni la yang batu apikan antara pkr dan bersatu. Aku ni umno tau, jangan main tuduh2 umno pulak. Aku dah kasi chance kat anak2 pilih ph ke hape ke dulu. Lepas ni aku veto kan sume nanti.

      Padam
    3. Ehh anon 10.11, Maaf la jika terkasar bahasa. Rupanya ada gak rational nye encik ni ye.

      Padam
  2. Anwar pemimpin yg gagal..org yg ditentang ketika era refomasi 98 masih lg berdiri tegak sbg PM sehingga ke hr ini..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....