Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak bersetuju jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.
Beliau berkata budaya itu perlu dihentikan kerana ia dilihat antara penyebab masyarakat hilang kepercayaan terhadap UMNO, selain punca kekalahan pada pilihan raya umum lepas.
"Saya fikir perlu hentikan perkara tidak munasabah ini bagi (jawatan tertinggi) tidak dipertandingkan... ia seolah-olah kita tidak membuka ruang demokrasi kepada ahli-ahli kita.
"Kita tidak perlu ada lagi peraturan 'tidak dipertandingkan' dalam UMNO. Anda hanya menghantar mesej buruk kepada orang ramai," katanya ketika ditemui pemberita di Menara Dato' Onn, di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata UMNO Melaka sebulat suara bersetuju supaya tiga jawatan tertinggi parti melibatkan kerusi presiden, timbalan presiden dan satu kerusi naib presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.
Mohd Ali berkata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas presiden dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalankan tugas timbalan presiden harus kekal di kerusi itu, selain menamakan Khairy menduduki kerusi naib presiden.
"Kita setuju supaya ketiga-tiga (jawatan) ini tidak dipertandingkan, yang lain-lain tu kita buka seluas-luasnya, dari dua kerusi naib presiden hingga ke peringkat bahagian," katanya selepas menghadiri perbincangan antara Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri-Negeri bersama Ahmad Zahid dan Hishammuddin.
Pertemuan tersebut diadakan di Menara Dato' Onn sejak 10 pagi tadi secara berperingkat mengikut negeri.
Jelas Khairy, beliau gembira atas sokongan itu namun menegaskan sebarang jawatan untuknya mahupun sesiapa di dalam UMNO mesti melalui proses pemilihan.
Pendapat sama turut dipersetujui Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang mahu jawatan tertinggi dipertandingkan secara terbuka.
"Saya fikir UMNO patut berubah kerana setiap orang di peringkat akar umbi sudah berubah. Jadi kenapa kita patut halang orang lain untuk bertanding bagi mana-mana jawatan. Saya fikir ini adalah masa untuk UMNO berubah. Beri ruang kepada setiap orang yang mahu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin," katanya.
Pemilihan UMNO yang ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.
-- BERNAMA
Setuju semua jawatan wajib dipertandingkan dan UMNO membosankan kalau .... kalau tidak macam dulu juga la. Salah satu sebab kalah pilihanraya PRU14.
BalasPadamPeminpin akan mendongak langit. Syok sendiri perasan bagus...
Belum ada kesedaran untuk berubah secara total jika pemimpin atasan masih mengekalkan tradisi tidak telus untuk mengekalkan kuasa dengan menyekat pemilihan bagi jawatan tertentu terutamanya jawatan utama dalam parti
BalasPadamJadilah parti melayu yang berintegriti, mengangkat semula perjuangan rakyat dan agama..yang mana pemimpin-pemimpin yang korup,samseng spt zahid,nazri,kunan dll tuh buang dan singkirkan sehabisnya bagi memperbaiki imej parti kembali
BalasPadamzaman tak dipertandingkan jawatan bermula dari zaman haprak tun mahathir lagi setelah menang tipis dng kuli.
BalasPadamkena ubah secara total klu nak bangkit
lawan fitnah
Jawatan presiden dan timbalan x dipertandingkan pun x apa. Ini kerana sebelum diangkat ke jawatan tersebut, mereka telah melalui pelbagai pertandingan di pelbagai peringkat. Itu kan demokrasi. Kekalahan PRU14 disebabkan antaranya pelbagai fitnah dan hasutan yg ditabur oleh PH. Selain itu, pelaksanaan GST yg x popular, hutang PTPTN dan tol yg dianggap amat membebankan oleh golongan muda.
BalasPadamPerpecahan dalam UMNO yg ditawarkan bertanding oleh PPBM juga menyumbang kepada kekalahan ini.
PadamSuatu ketika UMNO berpecah dan ujudlah semangat46.
BalasPadamDan suatu ketika juga PAS berpecah dan ujudlah PAN.
Semuanya gara2 bertanding diperingkat atasan.
Biasanya mereka yg kalah tak mau terima kekalahan.