Baru-baru ini tular di media sosial apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan dirinya dan juga abangnya, Azmin Ali sebagai bahan jenaka.
Lebih dikenali sebagai Diva AA, Azwan Ali memberitahu dia tahu ‘troll’ itu hanya lawak jenaka tapi dia tetap tidak akan maafkan orang yang menyamar sebagai dirinya.
“Walaupun saya sudah tak ada akaun Twitter, saya tahu mengenai jenaka berkenaan. Saya tahu ia sekadar jenaka dan tidak menggunakan sebarang ayat kurang ajar, tapi saya tetap tak akan maafkan mereka.
“Go ahead, buatlah. Teruskan menipu dan menyamar sebagai saya. Kau tunggu azab kubur nanti,” kata Azwan lagi.
Menerusi Tweet jenaka tersebut, ramai yang menyangka Azwan sudah berbaik dengan abangnya yang baru dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Namun, Azwan memberitahu dia tidak pernah berbaik dengan abangnya dan perkara itu tidak benar sama sekali.
“Bila masa saya berbaik dengan Azmin, saya belum terbuka hati lagi untuk memaafkannya. Sebesar hama pun saya tak maafkan walaupun dia dah jadi menteri sekarang,” katanya.
Nampaknya ramai pengguna Twitter yang rindukan Azwan Ali di media sosial tersebut. Mungkin Azwan perlu wujudkan kembali Twitter untuk elakkan akaun palsu yang menggunakan namanya berleluasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....