TSUNAMI MELAYU : Rafizi Sindir Mahathir Dan Muhyiddin Baik Punya!!!


Rafizi Ramli menafikan spekulasi yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya PPBM mencetuskan tsunami Melayu yang akan memenangkan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PKR yang mengetuai badan kaji selidik Invoke Malaysia berkata rumusan itu berdasarkan data-data yang dikumpulkan hasil penyelidikan badan pemikirnya itu.

“Sekiranya anda bertanya kepada saya apakah akan berlaku tsunami disebabkan PPBM dan Dr Mahathir, saya katakan tidak, itu tidak akan berlaku.

“Saya beritahu perkara ini setiap hari kepada Dr Mahathir, Muhyiddin Yassin dan pemimpin parti mereka dan mereka menerimanya.

“Anda boleh bertanya kepada mereka berdua jika data ini yang saya bentangkan dalam mesyuarat kami. 

“Rafizi Ramli berkata kajian Invoke telah mendedahkan bahawa Mahathir gagal mencetuskan ‘Tsunami Melayu’ dan itu sepatutnya menjadi peranan Mahathir dan PPBM.

“Tanpa ‘Tsunami Melayu’ ini, pencapaian PH mungkin lebih buruk daripada pada PRU-13 apatah lagi memenangi 120 kerusi Parlimen yang mereka sasarkan,” kata Rafizi dalam Sidang nvoke kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....