Kah....kah....kah.... Sebelum ini heboh diceritakan dan dipublisitikan khususnya menerusi media sosial tentang kedatangan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk 'menyerang' kubu kuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan.
Sudah pasti penyokong pembangkang teruja mendengar berita kedatangan Dr Mahathir lantas membayangkan sambutan hangat bakal diberikan kepada calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu.
Namun, realiti di lapangan adalah berbeza apabila sambutan dingin diterima bekas Perdana Menteri itu dalam tiga programnya di Chini. Malah sejak awal lagi, apabila Dr. Mahathir mendarat di Kuantan, sambutan yang diterimanya adalah hanya daripada penyokong pakatan berkenaan yang datang dari seluruh negeri ini.
Jesteru itu, tidak hairanlah kumpulan ini dan orang luar termasuk petugas media yang lebih ramai jumlahnya berbanding masyarakat Orang Asli dalam dua program awal Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu di Felda Chini 1 serta Perkampungan Orang Asli Gumum. Dianggarkan hanya 30 Orang Asli hadir dalam program di Gumum yang terletak berhampiran Tasik Chini yang mempunyai kira-kira 600 penduduk.
Nampaknya, sambutan dingin diterima Pakatan Harapan itu berterusan di program ceramah yang membariskan pemimpin-pemimpin tertinggi gabungan berkenaan diketuai Dr. Mahathir, di Felda Chini 2. Sebelum ini, program yang digembar-gemburkan sebagai strategi 'menggempur' kubu Najib itu hanya dihadiri kira-kira 400 orang.
Walaupun jumlah kehadiran hadirin itu dikatakan sekali ganda lebih ramai, hakikatnya mereka bukan penduduk tempatan kerana separuh daripada mereka adalah orang luar. Sambutan hambar yang diterima pemimpin Pakatan Harapan diketuai Dr. Mahathir di kawasan berkenaan menjadi satu tamparan hebat kepada mereka. Lain yang mereka jangkakan, lain pula yang berlaku ketika situasi sebenar.
Pasti suasana suram tersebut sudah cukup untuk membuat seorang ahli politik yang tua ini berasa hampa dan kecewa. Keadaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan isyarat bahawa Rakyat Pekan tidak mahu orang luar untuk menggantikan kepimpinan Dato’ Sri Najib razak. Rakyat Pekan mahu Najib terus memerintah di sana kerana telah banyak pembaharuan yang telah dilakukannya di sana.
Suasana ini dilihat begitu berbeza dengan lawatan Najib ke kubu kuat Mahathir iaitu di Langkawi. Kita boleh lihat bagaimana ribuan penduduk di Langkawi menyambut baik kedatangan Najib ke sana. Sambutan yang dilakukan cukup meriah dan pastinya membuktikan kepimpinan Barisan Nasional masih lagi ditagih oleh warga Langkawi.
Kehadiran Najib juga tidaklah hanya dengan tangan kosong, sebaliknya Najib telah membuat pengumuman berita gembira kepada penduduk di Langkawi. Najib telah mengumumkan untuk membuat penambahbaikan infrastruktur di Langkawi antaranya ialah penambahbaikan Hospital Langkawi. Selain itu, Najib juga mengumumkan untuk membuat pembinaan kemudahan tadahan air di Padang Mat Sirat.
Jika dilihat pada kedua-dua situasi ini, Rakyat sudah semakin muak untuk mendengar segala fitnah yang dibuat oleh Mahathir hanya untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib razak. Rakyat semakin mengenali secara peribadi siapakah Mahathir yang sebenarnya dengan segala kejahatan yang pernah dilakukan oleh beliau sepanjang 22 tahun menjadi PM.
Secara keseluruhannya, kunjungan kali pertama Dr Mahathir ke kawasan ini masih hambar dan kurang sambutan. Keadaan ini juga menunjukkan petanda masyarakat Orang Asli dan warga peneroka masih kuat menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memperjuang serta membela nasib mereka. Dalam hal ini, BN sentiasa berhati-hati dalam memperkukuhkan kubunya kerana mana-mana musuh mampu melakukan serangan hendap.

- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....