DITOLAK MELAYU : Kit Siang Dakwa "Mangsa" Berita Palsu!!!


BILA Lim Kit Siang kata beliau telah 40 tahun menjadi mangsa 'berita palsu' ramai tersenyum, tak mampu nak tumpang sedih.

Dalam status Twitter miliknya Sabtu lalu, Penasihat DAP itu mengaitkan beliau mangsa kerana dimomok pemimpin UMNO kononnya anti-Melayu.

Tapi bak kata pepatah Melayu, telunjuk lurus kelingking berkait. Bagi UMNO, selama 40 tahun jugalah menjadi mangsa ‘berita palsu’ Kit Siang.

Hansard di Dewan Rakyat sudah cukup, ada sahaja peluang berucap, Kit Siang yang bakal bertanding buat kali ke-12 dalam pilihan raya umum (PRU) pada PRU-14 ini akan membuat tohmahan kepada kerajaan kepemimpinan UMNO.

Apa yang Kit Siang tidak tuduh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). Malah, hansard Dewan Rakyat bertarikh Isnin, 24 November, 1986, Kit Siang direkodkan berkata:

“Saya kata pemimpin-pemimpin UMNO itu jahat!,” sumber http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-24111986.pdf

Jika dikenang balik kata-kata Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Tanjong ketika itu, seolah-olah Malaysia tak akan mampu berada pada kedudukan sekarang. Ialah, orang jahat perintah Malaysia, mesti jadi negara gagal.

Banyak lagi, tak percaya, boleh tanya Tun Dr. Mahathir Mohamad teman rapat beliau kini. Apa Kit Siang tak kata sewaktu beliau jadi Perdana Menteri.

Skandal BMF, skandal mata wang asing, rasuah, pemecatan hakim dan banyak lagi. Dr. Mahathir pastinya bukan mudah lupa.

Malah pada 24 November 1986, di Dewan Rakyat berbangkit usul potong gaji RM10 menteri kerana skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Peliknya, apabila ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) skandal forex, tidak pula Kit Siang mahu menerima realiti di depannya.

Eloklah Kit Siang dan Dr. Mahathir sama-sama elakkan buat ‘berita palsu’ dalam ceramah kempen PRU-14 nanti.

Bukan apa, dah letih dengar ‘berita palsu’ Malaysia bakal bankrap jika terus dipimpin BN dan UMNO setiap kali menjelang pilihan raya umum. 

1 ulasan:

  1. Socialist International in action. Anti monarchy.

    Tolak.

    Note: MM is socialist international. mm party logo is socialist symbol -- red and 5 petalled rose. Tolak.

    Dari apa yang saya tahu, MM ini ada connection dengan pihak luar. Pertama dgn kumpulan Socialist International, dan kedua dengan kumpulan Jesuit. Kenapa nama model kereta Proton bernama Wira (Knight), Iswara (rujukan kepada Isa), Tiara (takhta yang dipakai oleh Pope). MM pandang ke Timur, buy British last is very Jesuitical move. Mukhriz dihantar ke Sophia University (Jesuit university - yang dipimpin oleh Adolfo Nicholas ketika itu - kemudian menjadi jesuit superior general). MM is proxy of the Vatican.

    Petron is under San Miguel (St Muchael), thus the read and blue log of St Michael.

    https://www.youtube.com/user/jesuitnwo
    http://freemantv.com/jesuit-new-world-order/
    http://vaticannewworldorder.blogspot.my/
    http://www.seawapa.co/2014/08/the-jesuit-vatican-new-world-order.html
    http://granddesignexposed.com/george/jesuits.html
    http://vaticannewworldorder.blogspot.my/2011/12/ptolemaic-papal-bloodlines-orsini_21.html
    https://elijah1757.files.wordpress.com/2017/04/vatican_nwo.pdf

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....