KETEGAQ : Mahfuz Enggan Minta Maaf Isu Hina Sultan Pahang!!!


"Ketegaq" dalam loghat utara bermaksud; degil atas keras kepala. itulah yang boleh diumpamakan ke atas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menegaskan tidak akan membuat sebarang permohonan maaf kepada mana-mana pihak berhubung dakwaan beliau memperlekeh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam ceramah politiknya baru-baru ini.

Menurut Mahfuz, tiada sebab baginya untuk memohon maaf berikutan kenyataannya dalam ceramah berkenaan tidak langsung menghina Sultan Pahang.

“Bukan saya hina Sultan Pahang…malah saya mendoakan Sultan Ahmad Shah ini untuk kekal dan terus menjadi Sultan Pahang.

“Saya ingat ceramah saya boleh disemak dalam Youtube, saya menegaskan bahawa tindakan mereka (Umno) mempersoalkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang seolah-olah mempertikaikan kredibiliti Sultan Pahang yang sudah lama memerintah negeri itu,” katanya dipetik Berita Harian.

Sebaliknya Mahfuz berkata, mesej yang cuba disampaikan melalui ceramah itu ialah tiada isu jika Tun Mahathir menjadi calon Perdana Menteri.

“Sultan Pahang pun sudah tua dan baginda sambut hari jadinya dalam keadaan uzur…dan saya kata dalam keadaan begitu pun dia masih menjadi Sultan malah dalam video terbabit saya turut mendoakan kesejahteraan baginda,” katanya selepas program Sembang Santai Pakatan Harapan bersama rakyat di Kampung Syed Omar, Bintong.

Sebelum ini, sebuah portal atas talian melaporkan bahawa Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah menggesa Mahfuz membuat permohonan maaf kepada Sultan Ahmad Shah secara terbuka atas tindakannya yang dangkal itu.

Shahar turut mengatakan dirinya cetek akal dan tidak menghormati institusi Diraja negara ini.

Sebelum ini Mahfuz mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun dipilih sebagai calon Perdana Menteri oleh PH dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal sebagai Sultan Pahang walaupun sedang gering.

1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....